Saturday, July 17, 2010

DEFISIT AKAUN SEMASA SEMAKIN PARAH!

Ekonomi Hancur Akibat Dua Elemen

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=6396

Sat, Jul 17, 2010

Dalam Negeri

Tan Teng Boo Ekspo Pelabur 2010

Oleh Zainal Abidin Nor

KUALA LUMPUR: Seorang penasihat ekonomi dan pelaburan tempatan mengingatkan dua elemen penting yang memberi petunjuk bahawa sesebuah ekonomi itu sedang menuju kehancuran.

"Dua elemen itu ialah Defisit Belanjawan dan Defisit Akaun Semasa," kata Tan Teng Boo, pengarah urusan Capital Dynamics Sdn Bhd pada Ekspo Pelabur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Malaysia’s Economy: Sunrise or Sunset?", beliau berkata, "malangnya dua elemen ini menimpa ekonomi Malaysia dewasa ini."

Sejak 14 tahun lalu, ekonomi negara beroperasi dalam defisit belanjawan dan tidak nampak tanda-tanda keadaan ini akan berubah dan sukar untuk meramalkan masa depan yang lebih baik.

Untuk menampung perbelanjaan negara, kerajaan bergantung kuat kepada dividen Petronas walaupun hasil pendapatan dan keuntungan syarikat milik kerajaan itu merudum tahun lalu akibat kejatuhan harga minyak mentah sebanyak 20%.

Bayaran dividen sebanyak RM30 bilion pada tahun ini iaitu sama jumlahnya tahun 2009 adalah tinggi kerana keuntungan bersih Petronas telah jatuh kepada RM40.3 bilion pada 2009 berbanding RM52.5 bilion tahun sebelumnya.

Ini bermakna nisbah bayaran – bayaran dividen dari untung bersih – telah mencecah 74% pada 2010 berbanding 57% tahun lalu.

Defisit akaun semasa semakin lebar

Mengenai "Defisit Akaun Semasa", menurut Tan, ianya berlaku apabila jumlah nilai yang diimpot melebihi nilai eksport dan elemen ini juga membimbangkan kita.

"Apabila mengimport pesawat (kapal terbang) bermakna kita membuat perbelanjaan yang tinggi, wang mengalir keluar dan menambah beban defisit akaun semasa.

"Tetapi seorang menteri menyatakan jangan bimbang kerana pembelian itu adalah untuk jangka panjang," ujar beliau.

Trend pelaburan langsung asing (FDI) juga amat merunsingkan kerana telah menjunam teruk sejak 2007 berbanding India, China, Vietnam malah Indonesia yang mampu menarik pelaburan asing dengan pertumbuhan yang lebih tinggi.

Mengenai kereta nasional Proton, katanya, jumlah eksport kereta itu tidak bertambah sedangkan Thailand berjaya meningkatkan jumlah eksport kereta dari negara itu walaupun mereka tidak mempunyai kereta nasional.

Pemberian insentif yang tinggi kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti Proton juga menyebabkan syarikat tidak kompetitif di pasaran antarabangsa dan akhirnya membebankan rakyat kerana terpaksa menanggung kos itu.

Rasuah tinggi di Malaysia

Mengenai Indeks Persepsi Rasuah, kata Tan, Malaysia berada pada kedudukan yang tinggi dan tidak banyak berubah manakala Indonesia berjaya mengurangkan gejala rasuah di kalangan rakyatnya.

Jika rasuah ini tidak dibendung dengan serius maka Malaysia akan mengalami nasib yang sama menimpa Greece, sebuah negara kuat mengamalkan rasuah dalam pentadbirannya hingga jatuh muflis.

Bagaimanapun beliau menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat dan Indonesia merupakan contoh terbaik di mana Presidennya Bambang Susila Yudoyono berjaya mengurangkan subsidi petrol hingga menyebabkan negara itu hampir terkeluar dari defisit belanjawan.

Tan juga menyokong sepenuhnya Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada April lalu, bermatlamat untuk mencapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi, berdaya tahan dan pertumbuhan inklusif.

Perlu kepada kerajaan yang kuat

Bagaimanapun kita memerlukan sebuah kerajaan yang kuat, tidak kira sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, untuk melakukan perubahan struktur dalam ekonomi, katanya.

Tan Teng Boo merupakan tenaga utama yang menggerakkan Kumpulan Capital Dynamics hingga membawa syarikat itu muncul sebagai pengurus dana pertama memasukki pasaran global.

Beliau menjadi "pelajar" pasaran saham lebih 40 tahun dan pengalamannya dalam analisa dan kajian pelaburan membuat beliau sering dijemput oleh media antarabangsa seperti antaranya, Bloomberg, The Business Times, CNBC, Reuters dan Financial Times.

Lebih 1,200 pelawat, yang terdiri daripada ahli perniagaan, para pelabur, para pelajar bidang ekonomi, pelaburan dan hartanah, hadir pada Ekspo Pelabur yang berlangsung selama dua hari itu.

Saturday, June 5, 2010

PROMOSI 1 MALAYSIA MERUPAKAN LANGKAH MEMPERCEPATKAN NEGARA BANKRAP

Sesungguhna promosi 1 Malaysia adalah merupakan satu langkah yang tidak berfaedah dan melibatkan pembaziran besar-besaran duit negara dimana begitu banyak duit dikeluarkan untuk membuat banting, lagu 1Malaysia, ceramah 1 malaysia, poster 1 Malaysia dan lain-lain.

bagi rakyat Malaysia kerja-kerja promosi Malaysia memanglah kerja bodoh dan tidak sepatutnya dilakukan. Apa faedahnya buat promosi besar-besaran 1 Malaysia tu? Mana faedahnya. Kalau nak buat slogan tu, buatlah ttetapi jangalah buat promosi besar-besaran untuk menunjukkan kebodohan pemimpin negara kita. Tak payahlah ceramah sana, ceramah sini memperkenalkan kempen 1 malaysia tu. Itu kerja bodohlah!


Jadi apabila promosi 1 Malaysia itu dilakukan secara besar-besaran, ianya menunjukkan seolah-olah adanya agenda tersembunyi di sebalik slogan itu dan pastinya rakyat akan menilai pencapaiannya dengan teliti dan bukankah ianya hanya menimbulkan kesukaran kepada kerajaan yang memerentah, samada ianya betul-betul 1 Malaysia atau 2 malaysia, Satu malaysia yang tidak ada perbezaan diantara pemimpin dengan rakyat atau ujudnya jurang yang terlau besar diantara pemimpin negara dengan rakyat biasa iaitu 1 malaysia dengan dua kasta - kelas ningrat dan kelas rakyat biasa.

CADANGAN PELAKSANAAN GST MEMBUKTIKAN KERAJAAN MALAYSIA BANKRAP




Cadangan pelaksanaan GST memang membuktikan yang kerajaan Malaysia dah hampir muflis. kalau tidak maskan kerajaan BN begitu beria-ia mengenakan cukai GST yang sememangnya merupakan langkah yang tidak popular dan boleh menyebabkan sokongan kepada kerajaan BN turun dengan mendadak.

Dalam keadaan rasional, tidak ada mana-mana pemimpin yang akan mengambil langkah yang mempercepatkan kejatuhan kerajaan pimpinannya dengan melaksanakan GST.

KERAJAAN BN JUGA MEMBAZIR DENGAN MELAKUKAN SESUATU YANG TIDAK BERFAEDAH




a

MUNGKINKAH PENYELEWENGAN OLEH KERAJAAN BN MERUPAKAN SALAH SATU SEBABNYA NEGARA BANKRAP

Dibawah ini adalah merupakan beberapa bukti berlakunya penyelewengan oleh kerajaan BN, kalau tidak masakan terjadinya beberapa kejadian yang tidak sepatutnya berlaku seperti ini.


A

Wednesday, June 2, 2010

Malaysia akan jatuh muflis menjelang 2019 adalah bukti kerajaan BN tidak pandai mengurus kewangan negara

Berikut ini adalah catatan sessi temubual dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala selaku Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU (Unit Pencapaian, Pengurusan dan Penyampaian serta Makmal Rasionalisasi Subsidi ).

MENGAPA Datuk Seri kata Malaysia akan jatuh muflis menjelang 2019?

Ketika Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi (27 Mei lalu), saya membentangkan beberapa fakta kukuh mengenai ekonomi negara ini. Sejak 10 tahun lalu, kita mengalami defisit fiskal yang meningkat secara progresif daripada RM5 bilion pada 1998 kepada rekod tertinggi RM47 bilion pada 2009. Ia disebabkan perbelanjaan kerajaan termasuk subsidi melonjak begitu tinggi, berbanding pendapatan kerajaan yang tidak meningkat seiring dengannya, kerana ekonomi kita/KDNK meningkat hanya tiga peratus setahun.

NOTA: Bukankah itu merupakan bukti yang kerajaan BN tidak pandai menguruskan kewangan negara, kerana pada masa defisit pun terus berbelanja mewahmembeli pelbagai peralatan mewaah dan mengadakan pelbagai pesta yang tidak berfaedah dan hanya membazir seperti pesta warna warni, sambutan tahun baru, sambutan tahun baru cina, sambutan hari Natal, Sambutan hari raya dan lain-lain yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Begitu juga membiayai projek menghantar angkasawan, pelayaran solo mengelilingi dunia oleh datuk azahar dan macam-macam lagi yang sememangnya tidak berfaedah dan membazir.



Justeru ia membuatkan, kerajaan terpaksa meminjam begitu banyak untuk menampung kekurangan dan jurang yang wujud.
Hutang kerajaan pada 1997 ialah RM90 bilion dan meningkat pada kadar 12 peratus setahun untuk mencapai angka rekod RM362 bilion pada 2009. Di samping itu, Malaysia mencatat rekod sebagai negara pemberi subsidi tertinggi dunia iaitu 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 2.7 peratus yang dicatat Indonesia, Filipina (0.2 peratus) dan negara Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pada purata 1.5 peratus.

Untuk lebih jelas, saya kata kita boleh menjadi muflis sekiranya, dan saya ulangi perkataan ‘sekiranya’ – kita meneruskan trend yang sama sejak 10 tahun lalu.
Berdasar kepada peningkatan tahunan pada 12 peratus, hutang kita akan mencapai 100 peratus KDNK pada 2019 (iaitu mencapai jumlah RM1.158 trilion) dan kita berpotensi untuk jatuh muflis ketika itu.

Seiring dengan peningkatan defisit fiskal yang dijangka melebihi 10 peratus, kita boleh berada dalam situasi ekonomi yang sama dengan Greece dan beberapa negara bermasalah lain. Semua pakar ekonomi membuat andaian dan saya tidak kata Malaysia akan jatuh muflis tanpa sebarang alasan kukuh kepada andaian yang dibuat. Andaian berkenaan ialah:
  • Ekonomi/KDNK terus tumbuh pada kadar tiga peratus setahun;
  • Defisit kita terus membesar, dan
  • Hutang kerajaan terus meningkat pada kadar 12 peratus setahun.

    Hasil daripada unjuran ini ialah menjelang 2019, hutang kita akan tersasar 103 peratus daripada KDNK dan defisit fiskal akan mencecah RM449 bilion (38 peratus daripada KDNK). Mengikut kajian dijalankan oleh Boston Consulting Group (BCG),
    sesebuah negara terjerumus ke dalam krisis kedaulatan (muflis) apabila:

  • Hutang kerajaan mencecah 100 peratus KDNK;
  • Defisit fiskal 10 peratus daripada KDNK.

    Ini kerana:

  • Pendapatan kerajaan tidak cukup untuk membayar hutang;
  • Kerajaan tidak lagi mempunyai wang untuk beroperasi.

    Malangnya, beberapa laporan berkisar kepada unjuran kita akan jatuh muflis tidak menyatakan tiga andaian berasaskan alasan kukuh ini, sekali gus menyimpang daripada fakta. Ada orang bertanya sama ada andaian kita itu realistik.

    Saya berpendapat,
    adalah adil untuk membuat unjuran bagi masa depan berasaskan trend sejarah kita sejak lebih 10 tahun lalu. Berdasarkan hakikat inilah, PEMANDU membuat andaian dan mencapai unjuran itu.

    Andaian ini kami guna untuk membuat ramalan mengenai masa depan. Hakikatnya, sebagai sebuah negara, kita akan melakukan apa saja untuk mengelak tragedi ini daripada berlaku.

    Perdana Menteri sudah menggariskan empat strategi sebagai tonggak ekonomi kita yang turut menjadi pelan bagi mencapai Wawasan 2020, iaitu:

  • 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; (kah, kah, kah - pembetulan : kroni diutamakan)
  • Program Transformasi Kerajaan;
  • Model Ekonomi Baru, dan
  • Rancangan Malaysia ke-10

    Masa depan jelas berada di dalam tangan kita. Dan sekiranya, kita, seluruh rakyat Malaysia bekerja bersama, kita boleh mencapai Wawasan 2020. Ia memerlukan usaha bersepadu untuk mengembangkan ekonomi kita dan berhemah dalam perbelanjaan kita.

  • NOTA; MALAYSIA PASTINYA AKAN BANKRAP jika BN masih lagi jadi pemegang kunci khazaanah negara. hnaya satu cara sahaja untuk memastikan negra kita ini tidak bankrap ialah dengan menjatuhkan BN. dan pastinya kerajaan baru akan menguruskan negara secara berhemah dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.


    • Pastinya ada sesuatu yang positif pada ekonomi kita. Kenapa Datuk Seri tidak menerangkan perkara itu.

      Sebenarnya saya sudah pun menjelaskan aspek positif ekonomi. Pertama, saya katakan ekonomi kita melonjak pada suku pertama tahun ini sebanyak 10.1 peratus. Ini adalah catatan suku tahunan tertinggi dalam tempoh sedekad. Kedudukan saingan antarabangsa kita meningkat dari tempat ke-18 kepada tahap ke-10. Ia lonjakan luar biasa lapan anak tangga dalam satu tahun. Ini sepatutnya menjadikan kita rakyat Malaysia berasa lega kerana kita dapat membentuk masa depan lebih baik untuk negara kita.

      Kerajaan sepatutnya memberi fokus meningkatkan ekonomi (dengan itu, meningkatkan pendapatan kerajaan/ Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding dengan usaha untuk memotong subsidi.

      Seperti yang saya terangkan ketika mengemukakan cadangan mengurang dan memansuhkan subsidi, kerajaan akan menjalankan 12 kajian makmal mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengesyorkan langkah kita meningkatkan pertumbuhan ekonomi (pendapatan negara kasar perkapita) daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 menjelang 2020. Ini berpotensi membantu meningkatkan hasil kerajaan untuk 10 tahun akan datang. Makmal ini yang bermula 1 Jun hingga akhir Julai 2010, membabitkan lebih 400 wakil sektor awam dan swasta, dikendalikan oleh Unit Pengurusan, Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

      Apabila makmal ini sudah lengkap, kita akan anjurkan Hari Terbuka untuk mempamerkan hasilnya kepada umum. Makmal Rasionalisasi Subsidi berpendapat penting untuk meningkatkan ekonomi tetapi itu tidak mencukupi. Kita perlu mengambil pendekatan menyeluruh iaitu meningkatkan ekonomi dan pada masa sama mengurangkan subsidi. Pada Hari Terbuka, saya jelaskan pendekatan bersepadu itu.

      Kerajaan sepatutnya kurangkan perbelanjaan, bukan mengurangkan subsidi

      Sebahagian daripada langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan dalam Bajet 2010 ialah apabila Perdana Menteri mengumumkan pengurangan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM24 bilion dan unjuran pengurangan dalam defisit fiskal daripada 7.6 peratus kepada 5.5 peratus KDNK. Perdana Menteri juga menekankan semua projek kerajaan mesti bermanfaat dan tidak membazir. Kerajaan juga akan terus mengamalkan langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan terutama dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).


    Nota:
    • Fikir-fikirkanlah sama ada kerajaan BN ini betul-betul berhemah dari segi perbelanjaan atau pun hanyalah setakat kata-kata sahaja ataupun sekatan kewangan itu hanyalah untuk rakyat biasa. tetapi apabila melibatkan pembinaan projek-projek besar atau pembelian kelengkapan pertahanan negara, tiada pula sekatan dari segi perbelanjannya walaupun harganya berlipat kali ganda dan jauh lebih mahal dari kos pembelian oleh negara lain!


    • Kenapa kerajaan tidak mengadakan undian bebas daripada rakyat untuk mengukur maklum balas orang ramai mengenai rasionalisasi subsidi

      Itu memang kita buat. Sebelum Hari Terbuka, kita minta Maxis menghantar SMS kepada pelanggan perkhidmatan mereka bertanyakan sama ada Malaysia perlu mengurangkan subsidi. Seramai 190,152 pelanggan memberi maklum balas dan daripada jumlah itu, 115,246 atau 61 peratus bersetuju Malaysia mengurangkan subsidi dan 123,557 (67.5 peratus) mencadangkan pengurangan subsidi dilakukan secara berperingkat antara tiga hingga lima tahun. Pada Hari Terbuka, 1,899 memberi maklum balas dan daripada jumlah itu, 1,712 (90 peratus) bersetuju kita perlu mengurangkan subsidi dan hanya sebahagian kecil (187) menolak cadangan pengurangan subsidi.


    • Ya, itu memang betul. Kurangkan susidi kepada Genting shenyon, Malkoff, YTL power supply, pemegang konsesi tol dan pada masa yang sama hapuskan sistem monopoli untuk impot beras, tepung, gula dan lain-lain!


    • Inilah yang sukar difahami iaitu Najib mengatakan ekonomi negara telah pulih , tetpi beberapa hari selepas kenyataannya itu, Idris Jala pula menyatakan bahawa negara mungkin bankrap. yang mana satu hendak dipercayai? Yang mana satu betul?




    • Kenapa kita tidak melindungi golongan miskin dan berpendapatan rendah dalam cadangan Rasionalisasi Subsidi ini?

      Untuk setiap cadangan pengurangan subsidi, makmal ada mencadangkan langkah untuk melindungi hak rakyat terutama golongan miskin. Contohnya, dalam kes kenaikan tarif elektrik, penggunaan elektrik kurang daripada 100 kWh sebulan, kerajaan akan terus dengan amalan sekarang memberi secara percuma. Kepada yang menggunakan antara 101-200 kWh sebulan, tarif sedia ada tidak berubah. Berdasarkan kepada statistik, dua kategori merangkumi 56 peratus daripada semua pengguna.

      Dalam konteks kenaikan harga minyak, kaedah mitigasi termasuk rebat tunai RM126 setahun untuk kenderaan persendirian kurang daripada 1,000cc dan RM54 setahun untuk pemilik motosikal kurang daripada 250cc. Kapasiti kereta dan motosikal yang digunakan untuk mengenal pasti kategori golongan miskin dan berpendapatan rendah.

      Bagi kes kenaikan harga tepung, gula dan minyak masak, LPG dan gas, kaedah mitigasi akan mencakupi pemberian rebat tunai sebanyak RM20 setahun untuk setiap seorang. Bagi keluarga yang mempunyai lima anak, mereka akan menerima wang tunai RM500 setiap tahun.

      Kita sepatutnya tidak perlu memansuhkan subsidi untuk pendidikan, kesihatan dan pertanian.

      Makmal bersetuju, pendidikan perlu sebagai pelaburan modal insan. Kita akan meneruskan perbelanjaan bagi subsidi pendidikan seperti biasiswa, bantuan buku sekolah, makanan dan lain-lain. Bagaimanapun, kita akan menyekat penyalahgunaan dan pembaziran seperti bayaran subsidi untuk pelajar asing. Untuk kesihatan, kita terus menyediakan subsidi, cuma dikenakan bayaran RM3 saja bagi pesakit luar, iaitu bayaran yang paling rendah di dunia. Untuk pertanian dan nelayan, kita juga akan meneruskan subsidi tetapi kita akan meningkatkan pelaksanaan untuk memastikan hanya golongan disasarkan menerima manfaatnya.

      Daripada mengurangkan subsidi, sepatutnya kerajaan memberi fokus kepada usaha membanteras rasuah, menangani ketirisan dan memperbaiki kecekapan.

      Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), salah satu daripada enam NKRA ialah untuk membanteras rasuah. Sehingga ini, kita sudah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menangani isu ini. Sebagai contoh, sejak Januari lalu, kita meluluskan Akta Pencegahan Pemberi Maklumat di Parlimen, kita sudah mendakwa dan mengumumkan 97 pesalah di dalam laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Untuk menunjukkan ketelusan, kita juga sudah mengumumkan 2,665 anugerah kontrak kerajaan di dalam laman web dan juga sudah mengeluarkan garis panduan yang jelas untuk mencegah sebarang surat sokongan bagi mengelakkan disalahgunakan. Sebagai tambahan, kita juga melaksanakan perjanjian integriti seperti disyorkan Transparency International bagi kontrak perolehan kerajaan. Kerajaan membuat tindakan susulan hasil keputusan dan syor laporan Ketua Audit Negara.

      Kerajaan sepatutnya melantik pasukan khas pada peringkat tertinggi untuk berunding semula kontrak sedia ada dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol.

      Ini adalah cadangan adil. Makmal ini akan mengesyorkan kepada Kabinet mengenai perkara ini.

    • Kenyataan yang bertentangan dari kedua-dua pemimpin negara itu telah membuktikan bahawa UMNO ITU PENIPU dan buktinya sebelum ini pun dah ada seperti kehilangan jet pejuang!

      P


    Subsidi harus dinikmati kumpulan miskin dan sederhana sahaja.


    Adalah diperakui dan disokong sistem ataupun kaedah pemberian subsidi yang ada sekarang ini dikaji supaya ianya tidak terrus berlanjutan. Ini adalah kerana sebarang pemberian subsidi harus hanya dinikmati oleh kumpulan miskin dan sedarhana sahaja, bukannya golongan kaya raya apatah lagi diberikan secara terus kepada syarikat-syarikat. Malangnya, sistem terpakai sekarang tidak membezakan yang miskin atau kaya mahu pun orang asing yang datang ke sini, kerana itu mereka boleh saja membeli barangan yang bersubsidi itu tanpa sebarang halangan.

    Jelas sekali apa yang perlu dilakukan ialah menutup segala kebocoran yang ada selain melaksanakan kaedah yang boleh menentukan hanya rakyat yang memerlukannya menikmatinya.

    Dalam usaha menyelaraskan sistem ini, subsidi sosial dan subsidi menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada golongan miskin harus diteruskan. Apa yang perlu diselaraskan hanyalah kepada elemen-elemen pengurusan atau membuat keputusan pelaburan atau pembiayaan projek yang membazirkan duit negara dan yang menjurus kepada wujudnya keadaan tidak efisien dalam penggunaan pendapatan negara.


    Untuk itu kerajaan mestilah menentukan yang segala perbelanjaannya sama ada untuk mendapatkan bekalan ataupun untuk melaksanakan sesuatu projek pembangunan haruslah pada harga yang sepatutnya dan tidak berlebihan kerana tokok tambah yang dilakukan untuk menyediakan imbuhan kepada orang-orang yang tertentu.

    Keadaan dimana nilai sesuatu projek itu ditoko tambah dan dinilai semula beberapa kali adalah merupakan sebabnya kenapa kos pembiayaan sesuatu projek itu berlipat kali ganda dan sama sekali tidak munasabah. Penjimatan seperti inilah yang perlu diutamakan kerana ianya pasti dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

    Ini dengan sendirinya dapat mengurangkan defisit bajetnya dan tentu tidak akan menjerumuskannya mengikut jejak apa yang sedang melanda negara Greece sekarang.

    Jadi senario yang dipaparkan Idris juga tidak akan berlaku sekiranya kerajaan berjaya mengurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya berlaku itu hingga melebihi kemampuan kerajaan. Sebaliknya jika perkara ini, perbelanjaan melebihi bajet yang ditetapkan itu berterusan, maka penarikan subsidi pun tak ada maknanya dan tidak akan memberi sebarang kesan, kerana kerajaan yang tidak cekap akan menghabiskan kesemua pendapatan yang diperolehinya dan akhirnya negara kita tetap bankrap
    .


    ROSLI
    Penjual Ikan di atas pasar besar


    Tuesday, June 1, 2010

    SHAH ALAM – Pengumuman kerajaan akan muflis pada 2019 jika meneruskan subsidi bukan satu perkara yang bijak malah pandangan tersebut masih boleh dipertikaikan ketepatannya, kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

    Beliau berkata, pembentangan Makmal Rasionalisasi Subsidi menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada rakyat dan jika saranan saranan oleh makmal itu dilaksanakan sepenuhnya, maka negara akan mengalami inflasi yang serius dan menjejaskan kehidupan rakyat.

    Katanya, beliau pernah mencadangkan agar diwujudkan mekanisme baru subsidi bagi menentukan sektor yang akan mendapat subsidi mengikut kepentingan masyarakat ramai.

    “Mungkin kerajaan perlu menghapuskan subsidi dalam beberapa industri yang tidak melibatkan bahan-bahan yang digunakan orang ramai yang diperlukan setiap hari contohnya seperti bahan-bahan pembinaan namun penghapusan subsidi itu juga memerlukan liberalisasi dalam industri tersebut dijalankan dengan membenarkan sesiapa sahaja menyertai industri tersebut untuk mengimpot bahan-bahan yang berkenaan dan bersaing dengan cara terbuka,” katanya melalui laman blognya, semalam.

    Sebagai contohnya Dr Khir berkata, jika kerajaan mahu menghapuskan subsidi beras, maka jalan terbaik ialah dengan cara menghapuskan kawalan monopoli beras dan kawalan kemasukan beras negara luar ke negara ini. Kerajaan tidaklah boleh mengawal kemasukan "peniaga baru" kedalam industri yang berkenaan sekiranya kerajaan benar-benar bercadang menarik balik subsidi bahan-bahan berkenaan. sistem oligopoli hendaklah diamalkan sepenuhnya barulah subsidi boleh ditarik balik.

    DOLLAH
    PENJUAL KAIN BUNDLE
    JUMLAH subsidi yang mencapai 74 bilion merupakan satu jumlah yang amat besar dan sememangnya ia perlu dikurangkan ke satu tahap yang menasabah dan boleh diterima rakyat.


    Angka subsidi yang begitu besar itu menunjukkan adanya sesuatu yang tidak kena dan berlakunya penyelewengan dipelbagai peringkat dan adanya juga kemungkinan pemberian subsidi kepada golongan-golongan yang tidak perlu atau ianya merupakan hanya satu kaedah untuk memberikan kroni-kroni keuntungan yang besar supaya mereka dapat mencipta nama sebagai "billionaires" dan anak-anak mereka mampu berbelanja sehingga US$50,000.00 sehari. Bukankah perbuatan sedemikian itu membuktikan adanya penyelewengan sehingga ada anak muda yang mampu berbelanja sebegitu besar!


    Oleh itu pengurangan subsidi harus dilakukan dan ianya mestilah diteliti sebaik mungkin sebelum dilaksanakan kerana amatlah besar kemungkinan berlakunya penghapusan subsidi perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditarik balik subsidinya ataupun adanya kemungkinan ada golongan yang menunggu pemansuhan subsidi untuk mengkayarayakan diri sendiri. Ketika itu barang-barang keperluan di sorok oleh pemborong-pemborong dan peruncit-peruncit sehingga menyebabkan harga barang-barang keperluan naik melambung dan arahan atau amaran oleh pihak kerajaan akan diketepikan begitu sahaja!

    Se-eloknya sebelum pengurangan subsidi dilakukan, haruslah dibuat kajian terperinci terlebih dahulu mengenai ketirisan dan penyelewengan subsidi yang berlaku sekarang ini seperti berikut:-


    1. Masalah penyeludupan minyak petrol oleh taukeh-taukeh besar (KRONI BN) dari negara kita ke negara asing menggunakan kapal laut dalam.
    2. Masalah penyeldupan minyak, gula, tepung dan lain-lain melalui jalan darat oleh penyeludup kecil-kecilan.
    3. Masalah penipuan minyak subsidi nelayan dimana subsidi yang diberikan itu tidak digunakan oleh nelayan terbabit untuk tujuan menangkap ikan tetapi sebaliknya dijual kepada pihak lain pula.
    4.Masalah kawalan kuantiti minyak dalam kenderaan asing yang akan meninggalkan negara ini sepatutnya tidak melebihi separuh dari tangki minyak kenderaan mereka itu.
    5.Pemberian subsidi kepada IPP dan lain-lain konglomerat yang sememangnya tidak layak menerima subsidi ini.
    6.Perjanjian konsesi dengan pengendali lebuh raya. Kerajaan haruslah menyemak kewajaran kenaikan tol seperti yang termetra dalam perjanjian itu atau perlu dilakukan sesuatu untuk memastikan tiada lagi kenaikan tol selepas ini. Salah satu caranya ialah dengan memanjangkan tempoh konsessi atau pengambilalihan syarikat itu oleh kerajaan.
    7.Menarik balik sistem monopoli yang diberikan kepada syarikat pengimpot gula, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi supaya berlakunya persaingan terbuka dan rakyat dapat menikmati harga terbaik yang mampu diberikan oleh syarikat-syarikat yang bersaing itu.
    8.Kerajaan perlulah mencari jalan untuk mengurangkan kebergantungan negara kita kepada makanan import yang sudah mencecah lebih dari RM17 bilion setahun itu. Ianya mungkin dapat dilakukan dengan dasar mengaktifkan semula DASAR PERTANIAN NEGARA untuk memastikan stok makanan negara benar-benar mencukupi dan jangan hanya membiarkan negara beterusan mengimpot makanan-makan yang diperlukan oleh rakyat negara kita.
    9.Kerajaan mestilah bersedia untuk memastikan urus tadbir korporat syarikat-syarikat GLC berjalan dengan baik dan tidak berlaku sebarang penyelewengan dan campurtangan politik dalam membuat keputusan perniagaan.


    MAEL
    Peniaga Pasar Malam







    PENULIS ingin memberi pandangan mengenai cadangan kerajaan mengurangkan subsidi. Kita juga dikejutkan dengan berita bahawa kerajaan akan jatuh bankrap pada tahun 2019 jika tiada tindakan bagi mengurangkan subsidi seperti yang berlaku di Greece.


    Sebelum mengurangkan subsidi, kerajaan perlulah membuat kajian dan perbandingan dengan beberapa buah negara sama ada perlu mengurangkan subsidi atau tidak.


    Contohnya, kita perlu meneliti keadaan Somalia, sebuah negara yang majoriti rakyatnya miskin dan hanya sebilangan kecil hidup mewah, satu persamaan dengan Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan Somalia itu mempunyai mempunyai minyak tetapi ianya dibolot oleh segelintir rakyat, pemimpin atasan tertinggi negara itu dan kroni-kroninya. Tetapi ada sedikit perbezaan ketara dengan Malaysia iaitu sangat sedikit rakyatnya yang mempunyai kenderaaan, oleh itu mereka langsung tidak ada keperluan membeli minyak dan dengan itu subsidi untuk minyak petrol bukanlah satu keperluan untuk rakyat umum.


    Sebaliknya rakyat Malaysia pula walaupun masih ramai yang miskin, tetapi walau bagaimana miskin pun di Malaysia ini boleh dikatakan setiap buah rumah mempunyai sebiji kereta. Sehubungan dengan itu pastinya membandingkan Somalia dengan Malaysia adalah tidak kena caranya, samalah seperti kita membandingkan buah epal dengan buah jambu.

    Seterusnya kita perlu membuat perbandingan mengenai keperluan asas / harian/ bulanan rakyat negara ini dengan beberapa buah negara maju. I

    Mengikut statistik Jabatan Perangkaan, hasil keputusan penyiasatan perbelanjaan isi rumah, rakyat Malaysia membelanjakan lebih kurang 31.4 peratus daripada pendapatan untuk membeli makanan (yang belum dimasak) berbanding 10.4 peratus bagi rakyat Jerman dan 14.8 peratus bagi rakyat Amerika Syarikat. itu belum lagi dicampur dengan perbelanjaan minyak petrol untuk kenderaan dan orang gaji yang mana jika dicampur pastinya menunjukkan perbelanjaan bulanan atas tiga perkara utama itu dahpun mencecah hampir 60 peratus pendapatan bulanan.


    Ini menunjukkan bahawa harga barang-barang keperluan makanan dan petrol dinegara ini adalah terlalu tinggi berbanding dengan pendapatan rakyat. Sebaliknya pula rakyat Jerman dan Amerika Syarikat mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi melebihi keperluan membeli makanan iaitu asas keperluan sesebuah keluarga.


    Manakala jika kita hanya membuat perbandingan keperluan perbelanjaan pengangkutan pula, tidak terdapat perbezaan yang ketara antara kita dengan rakyat Jerman dan Amerika Syarikat. Secara puratanya rakyat Malaysia membelanjakan 15.9 peratus untuk keperluan pengangkutan berbanding 13.2 peratus bagi rakyat Jerman dan 16.7 peratus bagi rakyat Amerika Syarikat.


    Sehubungan dengan itu, wajarlah pihak kerajaan memberikan perhatian mengenai keadaan semasa dimana harga barangan makanan yang sudah pun terlalu tinggi kepada rakyat dimana mereka telahpun membelanjakan hampir satu pertiga pendapatan bulanan mereka untuk tujuan membeli keperluan makanan itupun dalam keadaan dimana subsidi makan itu belum ditarik lagi. Fikirkanlah kesusahan dan bebanan yang akan ditanggung rakyat sekiranya harga melambung tinggi akibat penarikan subsidi makanan atauoun jika kerajaan mengenkan cukai GST.



    Tentunya keadaan akan menjadi amat kritikal jika perbelanjaan untuk pembelian makanan mencecah atau melebihi 50 peratus pendapatan rakyat semua. Adakah kerajan tidak berfikir keadaan sedemikian hanya akan mencetuskan kacau bilau dan krisis keyakinan terhadap kerajaan yang memerentah. Masa itu rakyat tidak akan takut kepada apa-apa lagi, maka akan berlakunya perbuatan-perbuatan jenayah sepert pecah rumah, penyelewengan, penipuan, pembuangan pekerja, rompakan, ragut dan sebagainya termasuklah kemungkinan gerakan menentang kerajaan juga akan bertambah hebat, dimana rakyat akan keluar kejalan-jalan raya menuntut kerajaan yang sedia ada dijatuhkan!


    Masa itu rakyat pastinya tidak lagi memikirkan mengenai kemungkinan pelabur-pelabur asing cabut lari dari negara ini apatah lagi kemungkinan ditangkap. masa itu penangkapan rakyat yang merusuh dijalan adalah merupakan sesuatu yang diharapkan, kerana adanya jaminan untuk mendapatkan makanan setiap hari semasa ditahan. Oleh itu fikir-fikirkanlah tentang semua kemungkinan ini.


    Bedasarkan kemungkinan berlakunya perkara-perkara buruk itu, maka kerajaan seharusnya membatalkan sahaja cadangan untuk mengurangkan subsidi makanan. Selain daritu kos jangka panjang kepada kerajaan juga akan menjadi lebih tinggi kerana tahap kesihatan rakyat pastinya merosot jika rakyat terpaksa mengurangkan perbelanjaan makanan yang mereka perlu dan hanya membuat pembelian sekadar untuk hidup sahaja dan lansung tidak ada pertimbangan untuk membuat pembelian untuk hidup sihat .


    Dalam perbelanjaan pengangkutan pula, rakyat Malaysia membelanjakan 15.9 peratus kepada keperluan ini berbanding rakyat Jerman yang membelanjakan hanya 13.2 peratus. Rakyat Amerika pula tiada bezanya dengan rakyat Malaysia dengan membelanjakan 16.7 peratus kepada pengangkutan.


    Kenaikan tarif elektrik juga akan menjejaskan perbelanjaan rakyat Malaysia berbanding rakyat Jerman dan Amerika Syarikat kerana cuaca yang sentiasa panas di Malaysia berbanding cuaca di Jerman dan Amerika Syarikat yang bermusim.


    Bagi kerajaan Jerman dan Amerika Syarikat tiada keperluan memberi subsidi kepada rakyatnya kerana pendapatan rakyatnya yang sudah pun tinggi berbanding rakyat Malaysia. Kenapakah pendapatan rakyatnya tinggi berbanding dengan negara kita? ianya tidak lain tidak bukan ialah kerana kekukuhan nilai matawang mereka sedangkan matawang Malaysia tidak begitu stabil. begitu juga nilai matawang mereka jauh lebih tinggi dari nilai matawang kita yang terlalu rendah.


    Masihkah kita ingat dalam tahun-tahun 60-an dan 70-an, tidak ada subsidi pun masa itu. tetapi rakyat tidaklah resah, tidaklah teraniaya kerana masa itu harga barang-barang makanan cukup stabil dan rakyat ketika itu tidak perlu memikirkan mengenai kemungkinan barang-barang naik harga. Jika ianya berlaku pun, kenaikan harga itu terlalu kecil dan berlaku selepas tempoh jangka masa yang lama. Bukankah masa itu nilai matawang negara kita cukup stabil. kerana ianya merupakan penekanan dan keutamaan kerajaan kita pada masa itu.


    Kita menjadi gawat, kita menjadi susah hanya selepas berlakunya penswataan secara besar-besaran oleh Dr, Mahathir Mohammad hingga menyebabkan timbulnya agenda subsidi untuk memastikan kroni-kroni BN, syarikat-syarikat yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan pemimpin-pemimpin BN itu mencipta kejutan demi kejutan dalam menghasilkan billionaire. Hasilnya syarikat-syarikat besar mencatatkan keuntungan yang luar biasa sebaliknya pula agensi-agensi kerajaan yang diswastakan mencatatkan kerugian tahun demi tahun.


    Kerugian yang dialami oleh agensi-agensi kerajaan yang diswastakan, adalah merupakan sesuatu yang direncanakan, dimana operasi-operasi yang menghasilkan keuntungan akan diberikan kepada syarikat-syarikat baru yang ditubuhkan oleh kroni-kroni BN manakala operasi yang tidak mendatangkan keuntungan akan kekal diuruskan oleh agensi-agensi kerajaan yang diswastakan itu. maka dengan itu, untuk memastikan rakyat tidak marah, maka kerajaan pimpinan UMNo itu terpaksa memberikan subsidi untuk menampung operasi syarikat-syarikat berkenaan.

    Dalam kebanyakan kes subsidi diberikan terus kepada syarkat-syarikat yang ditubuhkan oleh kroni-kroni BN itu. Itulah puncanya dan sebabnya bermula mentaliti subsidi dinegara kita ini. Pemberian subsid itu jugalah menyebabkan munculnya kumpulan "billionaires" di Malaysia dan ujudnya satu kelas elit ekonomi dalam negara kita ini. Dan hasilnya rakyat bawahan dan berpendapatan sederhana menjadi begitu kritis terhadap sebarang kenaikan harga barangan danperkhidmatan.


    Ini adalah kerana golongan kron--kroni BN itu akan sentiasa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka saban tahun atas alasan ianya dah tercatat dalam perjanjian dengan kerajaan, jika tidak kerajan terpaksa membayar ganti rugi kepada syarikat-syarikat berkenaan. Inilah permainan dan tipu muslihat yang dijalankan oleh pemimpin-pemimpin BN untuk memastikan mereka semakin hari semakin kaya dan rakyat hanya menjadi hamba sahaya mereka, walaupun bekerja bermati-matian tetapi makin hari makin susah.


    Semasa krisis kewangan pada tahun 1997, begitu banyak syarikat-syarikat besar yang dimilikki oleh kaum kerabat dan kroni-kroni BN mengalami masalah kewangan. Tetapi kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan yang tidak bermoral dengan menyediakan suntikan kewangan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni BN. Tak tahulah sama ada syarikat-syarkat itu membayar balik atu tidak suntikan kerajaan itu atau hanya lesap begitu sahaja.


    Untuk mendapatkan keuntungan yang besar, maka syarikat-syarikat dinegara ini terutamanya syarikat-syarikat GLC telah menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dari semasa kesemasa yang kemudiannya menjdi ikutan syarikat-syarikat yang lain. Syarikat-syarikat besar dan kerajaan seolah-olah berlumba-lumba untuk menaikkan harga dan sentiasa mencari alasan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Jika dirasa tak sesuai untuk menaikkan harga, maka diberinya subsidi kepada syarikat-syarikat berkenaan. Memang teruk betul penyelewenagn yang dilakukan oleh pemimpn-pemimpin BN itu, yang mana menyebabkan kita rakyat semua telah menjadi mangsa syarikat-syarikat yang tidak pandai menguruskan perniagaan mereak dengan baik dan berlindung dibawah naungan kerajaan BN.


    Apabila kerajaan tidak mampul lagi memberikan subsidi itu kepada syarikat=syarikat berkenaan, rakyatlah pula yang akan jadi mangsanya dan sasaran utama ialah mengurangkan dan menghapuskan subsidi makanan, aduh duh, duh. alangkah ceteknya pemikiran pemimpin-pemimpin BN ini, adakah subsidi barang-barang makanan hendak dihapuskan?


    Sepatutnya kerajan mestilah menerima hakikat bahawa ‘makanan’ adalah petunjuk kepada kesejahteraan rakyat sesebuah negara itu. Jumlah makanan yang boleh diambil oleh seseorang itu tidak ada perbezaanya tidak kira orang itu miskin atau kaya atau ia berada di Malaysia atau di Amerika Syarikat. Juga haruslah ingat bahawa "makanan" itu satu keperluan yang mesti diambil dan tidak boleh dielakkan dalam apa-apa keadaan sekalipun. Oleh itu seharusnya kerajaan BN memikirkannya sebagai sesuatu perkara yang tidah boleh dusik sama sekali dan harga barang-barang makan perlu distabilkan. Jadi jangalah sesekali berfikir untuk menarik subsidi atau mengenakan GST. Buruk padahnya!


    Begitu juga kerajaan seharusnya berhati-hati sebelum menarik balik subsidi minyak kerana ianya mempunyai kesan berangkai menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan yang lain dan menggugat kesejahteraan ekonomi rakyat jelata. Jika tersilap langkah, tidak mustahilapa yang berlaku di Greece itu berlaku di Malaysia! Makal Malaysia akan senasiblah dengan Greece, Sepanyol dan Iceland yang dibebani dengan hutang negara yang tinggi.


    Ketika dalam keadaan gawat ini, keadaan yang meruncing ini, rasanya sudah sampai masanya untuk kerajaan menarik balik perlindungan terhadap industri kereta negara. Rakyat haruslah diberi peluang membeli kereta dengan harga yang murah dan berpatutan dari luar supaya perbelanjaan pengendalian kereta setiap bulan dapat dikurangkan.

    Contohnya, rakyat Amerika Syarikat yang berpendapatan tinggi boleh membeli kereta Toyota Camry dengan harga US$19,595 (RM62,704) berbanding di Malaysia yang harganya bermula daripada RM144,990 sebuah, sementara kereta Honda City Sedan pula berharga US$15,655 (RM50,096) berbanding di Malaysia yang harganya bermula daripada RM114,980. Kereta-kereta tersebut dibuat di Amerika.

    Tentu ada yang silap kenapa harga kereta nasional kita lebih mahal. Jika polisi yang ada tidak memberi faedah kepada rakyat sudah sampai masanya dimansuhkan.

    Diharap kerajaan dapat perbetulkan struktur ekonomi negara terlebih dahulu sebelum membuat tindakan yang salah. Kebanyakan pakar ekonomi kita belajar daripada teori yang ditulis oleh pakar ekonomi Barat.

    Jadi penulis tidak berasa pelik yang kebanyakan mereka semua mahu subsidi dihapuskan.

    Apa yang perlu kerajaan lakukan ialah membuat perbelanjaan berhemah, kurangkan pembaziran, hapuskan rasuah dan tingkatkan kecekapan kerja. Jangan ada ketirisan dalam perbelanjaan sesuatu projek. Insya-Allah kita tidak akan terperangkap seperti negara Greece, Sepanyol dan Iceland.


    PENOREH GETAH