JUMLAH subsidi yang mencapai 74 bilion merupakan satu jumlah yang amat besar dan sememangnya ia perlu dikurangkan ke satu tahap yang menasabah dan boleh diterima rakyat.
Angka subsidi yang begitu besar itu menunjukkan adanya sesuatu yang tidak kena dan berlakunya penyelewengan dipelbagai peringkat dan adanya juga kemungkinan pemberian subsidi kepada golongan-golongan yang tidak perlu atau ianya merupakan hanya satu kaedah untuk memberikan kroni-kroni keuntungan yang besar supaya mereka dapat mencipta nama sebagai "billionaires" dan anak-anak mereka mampu berbelanja sehingga US$50,000.00 sehari. Bukankah perbuatan sedemikian itu membuktikan adanya penyelewengan sehingga ada anak muda yang mampu berbelanja sebegitu besar!
Oleh itu pengurangan subsidi harus dilakukan dan ianya mestilah diteliti sebaik mungkin sebelum dilaksanakan kerana amatlah besar kemungkinan berlakunya penghapusan subsidi perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditarik balik subsidinya ataupun adanya kemungkinan ada golongan yang menunggu pemansuhan subsidi untuk mengkayarayakan diri sendiri. Ketika itu barang-barang keperluan di sorok oleh pemborong-pemborong dan peruncit-peruncit sehingga menyebabkan harga barang-barang keperluan naik melambung dan arahan atau amaran oleh pihak kerajaan akan diketepikan begitu sahaja!
Se-eloknya sebelum pengurangan subsidi dilakukan, haruslah dibuat kajian terperinci terlebih dahulu mengenai ketirisan dan penyelewengan subsidi yang berlaku sekarang ini seperti berikut:-
1. Masalah penyeludupan minyak petrol oleh taukeh-taukeh besar (KRONI BN) dari negara kita ke negara asing menggunakan kapal laut dalam.
2. Masalah penyeldupan minyak, gula, tepung dan lain-lain melalui jalan darat oleh penyeludup kecil-kecilan.
3. Masalah penipuan minyak subsidi nelayan dimana subsidi yang diberikan itu tidak digunakan oleh nelayan terbabit untuk tujuan menangkap ikan tetapi sebaliknya dijual kepada pihak lain pula.
4.Masalah kawalan kuantiti minyak dalam kenderaan asing yang akan meninggalkan negara ini sepatutnya tidak melebihi separuh dari tangki minyak kenderaan mereka itu.
5.Pemberian subsidi kepada IPP dan lain-lain konglomerat yang sememangnya tidak layak menerima subsidi ini.
6.Perjanjian konsesi dengan pengendali lebuh raya. Kerajaan haruslah menyemak kewajaran kenaikan tol seperti yang termetra dalam perjanjian itu atau perlu dilakukan sesuatu untuk memastikan tiada lagi kenaikan tol selepas ini. Salah satu caranya ialah dengan memanjangkan tempoh konsessi atau pengambilalihan syarikat itu oleh kerajaan.
7.Menarik balik sistem monopoli yang diberikan kepada syarikat pengimpot gula, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi supaya berlakunya persaingan terbuka dan rakyat dapat menikmati harga terbaik yang mampu diberikan oleh syarikat-syarikat yang bersaing itu.
8.Kerajaan perlulah mencari jalan untuk mengurangkan kebergantungan negara kita kepada makanan import yang sudah mencecah lebih dari RM17 bilion setahun itu. Ianya mungkin dapat dilakukan dengan dasar mengaktifkan semula DASAR PERTANIAN NEGARA untuk memastikan stok makanan negara benar-benar mencukupi dan jangan hanya membiarkan negara beterusan mengimpot makanan-makan yang diperlukan oleh rakyat negara kita.
9.Kerajaan mestilah bersedia untuk memastikan urus tadbir korporat syarikat-syarikat GLC berjalan dengan baik dan tidak berlaku sebarang penyelewengan dan campurtangan politik dalam membuat keputusan perniagaan.
MAEL
Peniaga Pasar Malam

No comments:
Post a Comment