Tuesday, June 1, 2010

SHAH ALAM – Pengumuman kerajaan akan muflis pada 2019 jika meneruskan subsidi bukan satu perkara yang bijak malah pandangan tersebut masih boleh dipertikaikan ketepatannya, kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau berkata, pembentangan Makmal Rasionalisasi Subsidi menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada rakyat dan jika saranan saranan oleh makmal itu dilaksanakan sepenuhnya, maka negara akan mengalami inflasi yang serius dan menjejaskan kehidupan rakyat.

Katanya, beliau pernah mencadangkan agar diwujudkan mekanisme baru subsidi bagi menentukan sektor yang akan mendapat subsidi mengikut kepentingan masyarakat ramai.

“Mungkin kerajaan perlu menghapuskan subsidi dalam beberapa industri yang tidak melibatkan bahan-bahan yang digunakan orang ramai yang diperlukan setiap hari contohnya seperti bahan-bahan pembinaan namun penghapusan subsidi itu juga memerlukan liberalisasi dalam industri tersebut dijalankan dengan membenarkan sesiapa sahaja menyertai industri tersebut untuk mengimpot bahan-bahan yang berkenaan dan bersaing dengan cara terbuka,” katanya melalui laman blognya, semalam.

Sebagai contohnya Dr Khir berkata, jika kerajaan mahu menghapuskan subsidi beras, maka jalan terbaik ialah dengan cara menghapuskan kawalan monopoli beras dan kawalan kemasukan beras negara luar ke negara ini. Kerajaan tidaklah boleh mengawal kemasukan "peniaga baru" kedalam industri yang berkenaan sekiranya kerajaan benar-benar bercadang menarik balik subsidi bahan-bahan berkenaan. sistem oligopoli hendaklah diamalkan sepenuhnya barulah subsidi boleh ditarik balik.

DOLLAH
PENJUAL KAIN BUNDLE

No comments:

Post a Comment