Tuesday, June 1, 2010

PENULIS ingin memberi pandangan mengenai cadangan kerajaan mengurangkan subsidi. Kita juga dikejutkan dengan berita bahawa kerajaan akan jatuh bankrap pada tahun 2019 jika tiada tindakan bagi mengurangkan subsidi seperti yang berlaku di Greece.


Sebelum mengurangkan subsidi, kerajaan perlulah membuat kajian dan perbandingan dengan beberapa buah negara sama ada perlu mengurangkan subsidi atau tidak.


Contohnya, kita perlu meneliti keadaan Somalia, sebuah negara yang majoriti rakyatnya miskin dan hanya sebilangan kecil hidup mewah, satu persamaan dengan Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan Somalia itu mempunyai mempunyai minyak tetapi ianya dibolot oleh segelintir rakyat, pemimpin atasan tertinggi negara itu dan kroni-kroninya. Tetapi ada sedikit perbezaan ketara dengan Malaysia iaitu sangat sedikit rakyatnya yang mempunyai kenderaaan, oleh itu mereka langsung tidak ada keperluan membeli minyak dan dengan itu subsidi untuk minyak petrol bukanlah satu keperluan untuk rakyat umum.


Sebaliknya rakyat Malaysia pula walaupun masih ramai yang miskin, tetapi walau bagaimana miskin pun di Malaysia ini boleh dikatakan setiap buah rumah mempunyai sebiji kereta. Sehubungan dengan itu pastinya membandingkan Somalia dengan Malaysia adalah tidak kena caranya, samalah seperti kita membandingkan buah epal dengan buah jambu.

Seterusnya kita perlu membuat perbandingan mengenai keperluan asas / harian/ bulanan rakyat negara ini dengan beberapa buah negara maju. I

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan, hasil keputusan penyiasatan perbelanjaan isi rumah, rakyat Malaysia membelanjakan lebih kurang 31.4 peratus daripada pendapatan untuk membeli makanan (yang belum dimasak) berbanding 10.4 peratus bagi rakyat Jerman dan 14.8 peratus bagi rakyat Amerika Syarikat. itu belum lagi dicampur dengan perbelanjaan minyak petrol untuk kenderaan dan orang gaji yang mana jika dicampur pastinya menunjukkan perbelanjaan bulanan atas tiga perkara utama itu dahpun mencecah hampir 60 peratus pendapatan bulanan.


Ini menunjukkan bahawa harga barang-barang keperluan makanan dan petrol dinegara ini adalah terlalu tinggi berbanding dengan pendapatan rakyat. Sebaliknya pula rakyat Jerman dan Amerika Syarikat mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi melebihi keperluan membeli makanan iaitu asas keperluan sesebuah keluarga.


Manakala jika kita hanya membuat perbandingan keperluan perbelanjaan pengangkutan pula, tidak terdapat perbezaan yang ketara antara kita dengan rakyat Jerman dan Amerika Syarikat. Secara puratanya rakyat Malaysia membelanjakan 15.9 peratus untuk keperluan pengangkutan berbanding 13.2 peratus bagi rakyat Jerman dan 16.7 peratus bagi rakyat Amerika Syarikat.


Sehubungan dengan itu, wajarlah pihak kerajaan memberikan perhatian mengenai keadaan semasa dimana harga barangan makanan yang sudah pun terlalu tinggi kepada rakyat dimana mereka telahpun membelanjakan hampir satu pertiga pendapatan bulanan mereka untuk tujuan membeli keperluan makanan itupun dalam keadaan dimana subsidi makan itu belum ditarik lagi. Fikirkanlah kesusahan dan bebanan yang akan ditanggung rakyat sekiranya harga melambung tinggi akibat penarikan subsidi makanan atauoun jika kerajaan mengenkan cukai GST.



Tentunya keadaan akan menjadi amat kritikal jika perbelanjaan untuk pembelian makanan mencecah atau melebihi 50 peratus pendapatan rakyat semua. Adakah kerajan tidak berfikir keadaan sedemikian hanya akan mencetuskan kacau bilau dan krisis keyakinan terhadap kerajaan yang memerentah. Masa itu rakyat tidak akan takut kepada apa-apa lagi, maka akan berlakunya perbuatan-perbuatan jenayah sepert pecah rumah, penyelewengan, penipuan, pembuangan pekerja, rompakan, ragut dan sebagainya termasuklah kemungkinan gerakan menentang kerajaan juga akan bertambah hebat, dimana rakyat akan keluar kejalan-jalan raya menuntut kerajaan yang sedia ada dijatuhkan!


Masa itu rakyat pastinya tidak lagi memikirkan mengenai kemungkinan pelabur-pelabur asing cabut lari dari negara ini apatah lagi kemungkinan ditangkap. masa itu penangkapan rakyat yang merusuh dijalan adalah merupakan sesuatu yang diharapkan, kerana adanya jaminan untuk mendapatkan makanan setiap hari semasa ditahan. Oleh itu fikir-fikirkanlah tentang semua kemungkinan ini.


Bedasarkan kemungkinan berlakunya perkara-perkara buruk itu, maka kerajaan seharusnya membatalkan sahaja cadangan untuk mengurangkan subsidi makanan. Selain daritu kos jangka panjang kepada kerajaan juga akan menjadi lebih tinggi kerana tahap kesihatan rakyat pastinya merosot jika rakyat terpaksa mengurangkan perbelanjaan makanan yang mereka perlu dan hanya membuat pembelian sekadar untuk hidup sahaja dan lansung tidak ada pertimbangan untuk membuat pembelian untuk hidup sihat .


Dalam perbelanjaan pengangkutan pula, rakyat Malaysia membelanjakan 15.9 peratus kepada keperluan ini berbanding rakyat Jerman yang membelanjakan hanya 13.2 peratus. Rakyat Amerika pula tiada bezanya dengan rakyat Malaysia dengan membelanjakan 16.7 peratus kepada pengangkutan.


Kenaikan tarif elektrik juga akan menjejaskan perbelanjaan rakyat Malaysia berbanding rakyat Jerman dan Amerika Syarikat kerana cuaca yang sentiasa panas di Malaysia berbanding cuaca di Jerman dan Amerika Syarikat yang bermusim.


Bagi kerajaan Jerman dan Amerika Syarikat tiada keperluan memberi subsidi kepada rakyatnya kerana pendapatan rakyatnya yang sudah pun tinggi berbanding rakyat Malaysia. Kenapakah pendapatan rakyatnya tinggi berbanding dengan negara kita? ianya tidak lain tidak bukan ialah kerana kekukuhan nilai matawang mereka sedangkan matawang Malaysia tidak begitu stabil. begitu juga nilai matawang mereka jauh lebih tinggi dari nilai matawang kita yang terlalu rendah.


Masihkah kita ingat dalam tahun-tahun 60-an dan 70-an, tidak ada subsidi pun masa itu. tetapi rakyat tidaklah resah, tidaklah teraniaya kerana masa itu harga barang-barang makanan cukup stabil dan rakyat ketika itu tidak perlu memikirkan mengenai kemungkinan barang-barang naik harga. Jika ianya berlaku pun, kenaikan harga itu terlalu kecil dan berlaku selepas tempoh jangka masa yang lama. Bukankah masa itu nilai matawang negara kita cukup stabil. kerana ianya merupakan penekanan dan keutamaan kerajaan kita pada masa itu.


Kita menjadi gawat, kita menjadi susah hanya selepas berlakunya penswataan secara besar-besaran oleh Dr, Mahathir Mohammad hingga menyebabkan timbulnya agenda subsidi untuk memastikan kroni-kroni BN, syarikat-syarikat yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan pemimpin-pemimpin BN itu mencipta kejutan demi kejutan dalam menghasilkan billionaire. Hasilnya syarikat-syarikat besar mencatatkan keuntungan yang luar biasa sebaliknya pula agensi-agensi kerajaan yang diswastakan mencatatkan kerugian tahun demi tahun.


Kerugian yang dialami oleh agensi-agensi kerajaan yang diswastakan, adalah merupakan sesuatu yang direncanakan, dimana operasi-operasi yang menghasilkan keuntungan akan diberikan kepada syarikat-syarikat baru yang ditubuhkan oleh kroni-kroni BN manakala operasi yang tidak mendatangkan keuntungan akan kekal diuruskan oleh agensi-agensi kerajaan yang diswastakan itu. maka dengan itu, untuk memastikan rakyat tidak marah, maka kerajaan pimpinan UMNo itu terpaksa memberikan subsidi untuk menampung operasi syarikat-syarikat berkenaan.

Dalam kebanyakan kes subsidi diberikan terus kepada syarkat-syarikat yang ditubuhkan oleh kroni-kroni BN itu. Itulah puncanya dan sebabnya bermula mentaliti subsidi dinegara kita ini. Pemberian subsid itu jugalah menyebabkan munculnya kumpulan "billionaires" di Malaysia dan ujudnya satu kelas elit ekonomi dalam negara kita ini. Dan hasilnya rakyat bawahan dan berpendapatan sederhana menjadi begitu kritis terhadap sebarang kenaikan harga barangan danperkhidmatan.


Ini adalah kerana golongan kron--kroni BN itu akan sentiasa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka saban tahun atas alasan ianya dah tercatat dalam perjanjian dengan kerajaan, jika tidak kerajan terpaksa membayar ganti rugi kepada syarikat-syarikat berkenaan. Inilah permainan dan tipu muslihat yang dijalankan oleh pemimpin-pemimpin BN untuk memastikan mereka semakin hari semakin kaya dan rakyat hanya menjadi hamba sahaya mereka, walaupun bekerja bermati-matian tetapi makin hari makin susah.


Semasa krisis kewangan pada tahun 1997, begitu banyak syarikat-syarikat besar yang dimilikki oleh kaum kerabat dan kroni-kroni BN mengalami masalah kewangan. Tetapi kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan yang tidak bermoral dengan menyediakan suntikan kewangan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni BN. Tak tahulah sama ada syarikat-syarkat itu membayar balik atu tidak suntikan kerajaan itu atau hanya lesap begitu sahaja.


Untuk mendapatkan keuntungan yang besar, maka syarikat-syarikat dinegara ini terutamanya syarikat-syarikat GLC telah menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dari semasa kesemasa yang kemudiannya menjdi ikutan syarikat-syarikat yang lain. Syarikat-syarikat besar dan kerajaan seolah-olah berlumba-lumba untuk menaikkan harga dan sentiasa mencari alasan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Jika dirasa tak sesuai untuk menaikkan harga, maka diberinya subsidi kepada syarikat-syarikat berkenaan. Memang teruk betul penyelewenagn yang dilakukan oleh pemimpn-pemimpin BN itu, yang mana menyebabkan kita rakyat semua telah menjadi mangsa syarikat-syarikat yang tidak pandai menguruskan perniagaan mereak dengan baik dan berlindung dibawah naungan kerajaan BN.


Apabila kerajaan tidak mampul lagi memberikan subsidi itu kepada syarikat=syarikat berkenaan, rakyatlah pula yang akan jadi mangsanya dan sasaran utama ialah mengurangkan dan menghapuskan subsidi makanan, aduh duh, duh. alangkah ceteknya pemikiran pemimpin-pemimpin BN ini, adakah subsidi barang-barang makanan hendak dihapuskan?


Sepatutnya kerajan mestilah menerima hakikat bahawa ‘makanan’ adalah petunjuk kepada kesejahteraan rakyat sesebuah negara itu. Jumlah makanan yang boleh diambil oleh seseorang itu tidak ada perbezaanya tidak kira orang itu miskin atau kaya atau ia berada di Malaysia atau di Amerika Syarikat. Juga haruslah ingat bahawa "makanan" itu satu keperluan yang mesti diambil dan tidak boleh dielakkan dalam apa-apa keadaan sekalipun. Oleh itu seharusnya kerajaan BN memikirkannya sebagai sesuatu perkara yang tidah boleh dusik sama sekali dan harga barang-barang makan perlu distabilkan. Jadi jangalah sesekali berfikir untuk menarik subsidi atau mengenakan GST. Buruk padahnya!


Begitu juga kerajaan seharusnya berhati-hati sebelum menarik balik subsidi minyak kerana ianya mempunyai kesan berangkai menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan yang lain dan menggugat kesejahteraan ekonomi rakyat jelata. Jika tersilap langkah, tidak mustahilapa yang berlaku di Greece itu berlaku di Malaysia! Makal Malaysia akan senasiblah dengan Greece, Sepanyol dan Iceland yang dibebani dengan hutang negara yang tinggi.


Ketika dalam keadaan gawat ini, keadaan yang meruncing ini, rasanya sudah sampai masanya untuk kerajaan menarik balik perlindungan terhadap industri kereta negara. Rakyat haruslah diberi peluang membeli kereta dengan harga yang murah dan berpatutan dari luar supaya perbelanjaan pengendalian kereta setiap bulan dapat dikurangkan.

Contohnya, rakyat Amerika Syarikat yang berpendapatan tinggi boleh membeli kereta Toyota Camry dengan harga US$19,595 (RM62,704) berbanding di Malaysia yang harganya bermula daripada RM144,990 sebuah, sementara kereta Honda City Sedan pula berharga US$15,655 (RM50,096) berbanding di Malaysia yang harganya bermula daripada RM114,980. Kereta-kereta tersebut dibuat di Amerika.

Tentu ada yang silap kenapa harga kereta nasional kita lebih mahal. Jika polisi yang ada tidak memberi faedah kepada rakyat sudah sampai masanya dimansuhkan.

Diharap kerajaan dapat perbetulkan struktur ekonomi negara terlebih dahulu sebelum membuat tindakan yang salah. Kebanyakan pakar ekonomi kita belajar daripada teori yang ditulis oleh pakar ekonomi Barat.

Jadi penulis tidak berasa pelik yang kebanyakan mereka semua mahu subsidi dihapuskan.

Apa yang perlu kerajaan lakukan ialah membuat perbelanjaan berhemah, kurangkan pembaziran, hapuskan rasuah dan tingkatkan kecekapan kerja. Jangan ada ketirisan dalam perbelanjaan sesuatu projek. Insya-Allah kita tidak akan terperangkap seperti negara Greece, Sepanyol dan Iceland.


PENOREH GETAH


No comments:

Post a Comment