Berikut ini adalah catatan sessi temubual dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala selaku Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU (Unit Pencapaian, Pengurusan dan Penyampaian serta Makmal Rasionalisasi Subsidi ).
MENGAPA Datuk Seri kata Malaysia akan jatuh muflis menjelang 2019?
Ketika Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi (27 Mei lalu), saya membentangkan beberapa fakta kukuh mengenai ekonomi negara ini. Sejak 10 tahun lalu, kita mengalami defisit fiskal yang meningkat secara progresif daripada RM5 bilion pada 1998 kepada rekod tertinggi RM47 bilion pada 2009. Ia disebabkan perbelanjaan kerajaan termasuk subsidi melonjak begitu tinggi, berbanding pendapatan kerajaan yang tidak meningkat seiring dengannya, kerana ekonomi kita/KDNK meningkat hanya tiga peratus setahun.
NOTA: Bukankah itu merupakan bukti yang kerajaan BN tidak pandai menguruskan kewangan negara, kerana pada masa defisit pun terus berbelanja mewahmembeli pelbagai peralatan mewaah dan mengadakan pelbagai pesta yang tidak berfaedah dan hanya membazir seperti pesta warna warni, sambutan tahun baru, sambutan tahun baru cina, sambutan hari Natal, Sambutan hari raya dan lain-lain yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Begitu juga membiayai projek menghantar angkasawan, pelayaran solo mengelilingi dunia oleh datuk azahar dan macam-macam lagi yang sememangnya tidak berfaedah dan membazir.
Justeru ia membuatkan, kerajaan terpaksa meminjam begitu banyak untuk menampung kekurangan dan jurang yang wujud. Hutang kerajaan pada 1997 ialah RM90 bilion dan meningkat pada kadar 12 peratus setahun untuk mencapai angka rekod RM362 bilion pada 2009. Di samping itu, Malaysia mencatat rekod sebagai negara pemberi subsidi tertinggi dunia iaitu 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 2.7 peratus yang dicatat Indonesia, Filipina (0.2 peratus) dan negara Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pada purata 1.5 peratus.
Untuk lebih jelas, saya kata kita boleh menjadi muflis sekiranya, dan saya ulangi perkataan ‘sekiranya’ – kita meneruskan trend yang sama sejak 10 tahun lalu. Berdasar kepada peningkatan tahunan pada 12 peratus, hutang kita akan mencapai 100 peratus KDNK pada 2019 (iaitu mencapai jumlah RM1.158 trilion) dan kita berpotensi untuk jatuh muflis ketika itu.
Seiring dengan peningkatan defisit fiskal yang dijangka melebihi 10 peratus, kita boleh berada dalam situasi ekonomi yang sama dengan Greece dan beberapa negara bermasalah lain. Semua pakar ekonomi membuat andaian dan saya tidak kata Malaysia akan jatuh muflis tanpa sebarang alasan kukuh kepada andaian yang dibuat. Andaian berkenaan ialah:
Hasil daripada unjuran ini ialah menjelang 2019, hutang kita akan tersasar 103 peratus daripada KDNK dan defisit fiskal akan mencecah RM449 bilion (38 peratus daripada KDNK). Mengikut kajian dijalankan oleh Boston Consulting Group (BCG), sesebuah negara terjerumus ke dalam krisis kedaulatan (muflis) apabila:
Ini kerana:
Malangnya, beberapa laporan berkisar kepada unjuran kita akan jatuh muflis tidak menyatakan tiga andaian berasaskan alasan kukuh ini, sekali gus menyimpang daripada fakta. Ada orang bertanya sama ada andaian kita itu realistik.
Saya berpendapat, adalah adil untuk membuat unjuran bagi masa depan berasaskan trend sejarah kita sejak lebih 10 tahun lalu. Berdasarkan hakikat inilah, PEMANDU membuat andaian dan mencapai unjuran itu.
Andaian ini kami guna untuk membuat ramalan mengenai masa depan. Hakikatnya, sebagai sebuah negara, kita akan melakukan apa saja untuk mengelak tragedi ini daripada berlaku.
Perdana Menteri sudah menggariskan empat strategi sebagai tonggak ekonomi kita yang turut menjadi pelan bagi mencapai Wawasan 2020, iaitu:
Masa depan jelas berada di dalam tangan kita. Dan sekiranya, kita, seluruh rakyat Malaysia bekerja bersama, kita boleh mencapai Wawasan 2020. Ia memerlukan usaha bersepadu untuk mengembangkan ekonomi kita dan berhemah dalam perbelanjaan kita.
Pastinya ada sesuatu yang positif pada ekonomi kita. Kenapa Datuk Seri tidak menerangkan perkara itu.
Sebenarnya saya sudah pun menjelaskan aspek positif ekonomi. Pertama, saya katakan ekonomi kita melonjak pada suku pertama tahun ini sebanyak 10.1 peratus. Ini adalah catatan suku tahunan tertinggi dalam tempoh sedekad. Kedudukan saingan antarabangsa kita meningkat dari tempat ke-18 kepada tahap ke-10. Ia lonjakan luar biasa lapan anak tangga dalam satu tahun. Ini sepatutnya menjadikan kita rakyat Malaysia berasa lega kerana kita dapat membentuk masa depan lebih baik untuk negara kita.
Kerajaan sepatutnya memberi fokus meningkatkan ekonomi (dengan itu, meningkatkan pendapatan kerajaan/ Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding dengan usaha untuk memotong subsidi.
Seperti yang saya terangkan ketika mengemukakan cadangan mengurang dan memansuhkan subsidi, kerajaan akan menjalankan 12 kajian makmal mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengesyorkan langkah kita meningkatkan pertumbuhan ekonomi (pendapatan negara kasar perkapita) daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 menjelang 2020. Ini berpotensi membantu meningkatkan hasil kerajaan untuk 10 tahun akan datang. Makmal ini yang bermula 1 Jun hingga akhir Julai 2010, membabitkan lebih 400 wakil sektor awam dan swasta, dikendalikan oleh Unit Pengurusan, Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).
Apabila makmal ini sudah lengkap, kita akan anjurkan Hari Terbuka untuk mempamerkan hasilnya kepada umum. Makmal Rasionalisasi Subsidi berpendapat penting untuk meningkatkan ekonomi tetapi itu tidak mencukupi. Kita perlu mengambil pendekatan menyeluruh iaitu meningkatkan ekonomi dan pada masa sama mengurangkan subsidi. Pada Hari Terbuka, saya jelaskan pendekatan bersepadu itu.
Kerajaan sepatutnya kurangkan perbelanjaan, bukan mengurangkan subsidi
Sebahagian daripada langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan dalam Bajet 2010 ialah apabila Perdana Menteri mengumumkan pengurangan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM24 bilion dan unjuran pengurangan dalam defisit fiskal daripada 7.6 peratus kepada 5.5 peratus KDNK. Perdana Menteri juga menekankan semua projek kerajaan mesti bermanfaat dan tidak membazir. Kerajaan juga akan terus mengamalkan langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan terutama dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Nota:
- Fikir-fikirkanlah sama ada kerajaan BN ini betul-betul berhemah dari segi perbelanjaan atau pun hanyalah setakat kata-kata sahaja ataupun sekatan kewangan itu hanyalah untuk rakyat biasa. tetapi apabila melibatkan pembinaan projek-projek besar atau pembelian kelengkapan pertahanan negara, tiada pula sekatan dari segi perbelanjannya walaupun harganya berlipat kali ganda dan jauh lebih mahal dari kos pembelian oleh negara lain!
Kenapa kerajaan tidak mengadakan undian bebas daripada rakyat untuk mengukur maklum balas orang ramai mengenai rasionalisasi subsidi
Itu memang kita buat. Sebelum Hari Terbuka, kita minta Maxis menghantar SMS kepada pelanggan perkhidmatan mereka bertanyakan sama ada Malaysia perlu mengurangkan subsidi. Seramai 190,152 pelanggan memberi maklum balas dan daripada jumlah itu, 115,246 atau 61 peratus bersetuju Malaysia mengurangkan subsidi dan 123,557 (67.5 peratus) mencadangkan pengurangan subsidi dilakukan secara berperingkat antara tiga hingga lima tahun. Pada Hari Terbuka, 1,899 memberi maklum balas dan daripada jumlah itu, 1,712 (90 peratus) bersetuju kita perlu mengurangkan subsidi dan hanya sebahagian kecil (187) menolak cadangan pengurangan subsidi.
Ya, itu memang betul. Kurangkan susidi kepada Genting shenyon, Malkoff, YTL power supply, pemegang konsesi tol dan pada masa yang sama hapuskan sistem monopoli untuk impot beras, tepung, gula dan lain-lain!

Inilah yang sukar difahami iaitu Najib mengatakan ekonomi negara telah pulih , tetpi beberapa hari selepas kenyataannya itu, Idris Jala pula menyatakan bahawa negara mungkin bankrap. yang mana satu hendak dipercayai? Yang mana satu betul?
Kenapa kita tidak melindungi golongan miskin dan berpendapatan rendah dalam cadangan Rasionalisasi Subsidi ini?
Untuk setiap cadangan pengurangan subsidi, makmal ada mencadangkan langkah untuk melindungi hak rakyat terutama golongan miskin. Contohnya, dalam kes kenaikan tarif elektrik, penggunaan elektrik kurang daripada 100 kWh sebulan, kerajaan akan terus dengan amalan sekarang memberi secara percuma. Kepada yang menggunakan antara 101-200 kWh sebulan, tarif sedia ada tidak berubah. Berdasarkan kepada statistik, dua kategori merangkumi 56 peratus daripada semua pengguna.
Dalam konteks kenaikan harga minyak, kaedah mitigasi termasuk rebat tunai RM126 setahun untuk kenderaan persendirian kurang daripada 1,000cc dan RM54 setahun untuk pemilik motosikal kurang daripada 250cc. Kapasiti kereta dan motosikal yang digunakan untuk mengenal pasti kategori golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Bagi kes kenaikan harga tepung, gula dan minyak masak, LPG dan gas, kaedah mitigasi akan mencakupi pemberian rebat tunai sebanyak RM20 setahun untuk setiap seorang. Bagi keluarga yang mempunyai lima anak, mereka akan menerima wang tunai RM500 setiap tahun.
Kita sepatutnya tidak perlu memansuhkan subsidi untuk pendidikan, kesihatan dan pertanian.
Makmal bersetuju, pendidikan perlu sebagai pelaburan modal insan. Kita akan meneruskan perbelanjaan bagi subsidi pendidikan seperti biasiswa, bantuan buku sekolah, makanan dan lain-lain. Bagaimanapun, kita akan menyekat penyalahgunaan dan pembaziran seperti bayaran subsidi untuk pelajar asing. Untuk kesihatan, kita terus menyediakan subsidi, cuma dikenakan bayaran RM3 saja bagi pesakit luar, iaitu bayaran yang paling rendah di dunia. Untuk pertanian dan nelayan, kita juga akan meneruskan subsidi tetapi kita akan meningkatkan pelaksanaan untuk memastikan hanya golongan disasarkan menerima manfaatnya.
Daripada mengurangkan subsidi, sepatutnya kerajaan memberi fokus kepada usaha membanteras rasuah, menangani ketirisan dan memperbaiki kecekapan.
Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), salah satu daripada enam NKRA ialah untuk membanteras rasuah. Sehingga ini, kita sudah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menangani isu ini. Sebagai contoh, sejak Januari lalu, kita meluluskan Akta Pencegahan Pemberi Maklumat di Parlimen, kita sudah mendakwa dan mengumumkan 97 pesalah di dalam laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Untuk menunjukkan ketelusan, kita juga sudah mengumumkan 2,665 anugerah kontrak kerajaan di dalam laman web dan juga sudah mengeluarkan garis panduan yang jelas untuk mencegah sebarang surat sokongan bagi mengelakkan disalahgunakan. Sebagai tambahan, kita juga melaksanakan perjanjian integriti seperti disyorkan Transparency International bagi kontrak perolehan kerajaan. Kerajaan membuat tindakan susulan hasil keputusan dan syor laporan Ketua Audit Negara.
Kerajaan sepatutnya melantik pasukan khas pada peringkat tertinggi untuk berunding semula kontrak sedia ada dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol.
Ini adalah cadangan adil. Makmal ini akan mengesyorkan kepada Kabinet mengenai perkara ini.- Kenyataan yang bertentangan dari kedua-dua pemimpin negara itu telah membuktikan bahawa UMNO ITU PENIPU dan buktinya sebelum ini pun dah ada seperti kehilangan jet pejuang!

P

No comments:
Post a Comment