Friday, May 28, 2010

Rencana

Minda Pengarang: Rasionalisasi subsidi mampu bina masyarakat berdikari


2010/05/28

SAMA ada negara ini akan bebas sepenuhnya daripada penggantungan subsidi bergantung kepada kerelaan hati rakyat untuk memahami senario persaingan dunia hari ini demi generasi masa depan. Betul, tidak ada orang yang begitu mudah melepaskan apa yang sekian lama dinikmati walaupun menyedari hakikat, mereka tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada subsidi. Langkah untuk mengurangkan subsidi di negara ini bukanlah perkara baru. Walaupun pada suatu ketika rakyat agak ‘malu’ apabila dikaitkan dengan mentaliti subsidi, jika ada ura-ura untuk memansuhkannya, ia sering terhalang. Mungkin ketika itu, kaedah menyampaikan maklumat kurang jelas dan rakyat tidak dapat menerima rasional perlunya subsidi dikurang atau dimansuhkan.

Tetapi haruslah di-ingat dan diberi perhatian, kepada kumpulan manakah kebanyakan subsid itu diberikan? sebab itulah perkara hendak menarik subsidi ini begitu susah!

Hari ini pembiayaan subsidi yang begitu besar menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam. Dengan pembayaran subsidi berterusan, kerajaan terpaksa menanggung hutang berpanjangan. Tahun lalu kerajaan berhutang untuk menanggung subsidi yang RM74 bilion. Mungkin masanya sudah tiba untuk kerajaan melihat semula bayaran subsidi ini khasnya berhubung subsidi sosial, makanan, tenaga dan infrastruktur termasuk tol. Kita yakin, pengurang atau pemansuhan subsidi akan melegakan akaun negara.

Bukankah semuanya ada dalam perancangan kerajan semasa perjanjian pembekal-pembekal makanan, tenaga dan pemegang konsessi tol untuk memastikan adanya kenaikan harga-harga barangan seperti gandum, gula, beras, minyak, tarif elektrik dan tol supaya kroni-kroni BN akan menjadi semakin kaya dan jika tak cukup kerajaan akan bersetuju untuk menaikkan harga . sekiranya tidak dipersetujui oleh rakyat, maka masa itulah kerajaan akan memberi susidi kononnya. sedangkan jika tak ada perancangan seperti ini, maka isu susidi tidak akan timbul dan mungki malaysia masih kekal negara kedua termaju di Asia slepas Jepun!

Tetapi itulah yang yang dirancang oleh BN dan akhirnya kerajaan BN yang terasa terdesak sehingga terpaksa menarik balik subsidi yang disediakan dan korbanya rakyat diadahulukan untuk membayar segala hutang piutang perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan itu. Kita haruslah ingat Subsidi yang diberikan untuk IPP (independent Powr Producer) adalah sebanyak RM20 ribu juta setahun. Bagaimanapula subsidi kepada syarikat-sayrikat besar yang lain! Itulah yang menyebabkan negara kita Bankrap dan kerajaan BN hanya tahu menarik balik subsidi yang diberikan tanpa mengkaji langkah-langkah lain yang boleh digunakan. jadi samapailah masa dan ketikanya , kita semua, tidak kira apa keturunan pun, bersatulah untuk menjatuhkan keraajan BN yang korup dan tidak pandai mentabir negara ini.




No comments:

Post a Comment