Kunta-kinte original: Manfaatkan penarafan persaingan negara
2010/05/28
MINGGU ini, Kunta Kinte nak bincang sikit pasal penarafan. Sekarang ini ada macam-macam penarafan atau dalam bahasa Inggeris ranking. Ada penarafan ekonomi, korporat, pasaran saham dan universiti. Hutang pun ada penarafan.
Baru-baru ini, banyak berita mengenai penarafan persaingan ekonomi dunia di mana ranking negara kita naik dengan banyak, daripada nombor 18 ke nombor 10. Macam budak sekolah yang tahun lalu dapat nombor 18, tapi tahun ini dapat nombor 10 pasal bagus dalam ujian.
Tahniah Kunta Kinte ucap kepada semua yang bertanggungjawab dan bersyukur kerana ekonomi kita mula pulih. Tapi kita kena terus waspada sebab ada banyak lagi masalah dengan ekonomi kita. Dalam perkara ini, Kunta Kinte minta kerajaan berterus terang.
Kenapa pula kerajaan kata nak kurangkan pula subsidi jika ekonomi dah pulih dan dah naik taraf dan pencapaian ekonomi negara begitu membanggakan! Oleh itu sekiranya kerajaan bercadang untuk mengurangkan subsidi, kerajaan kenalah cerita macam mana nak kurangkan subsidi itu.
Memanglah tak dinafikan yang kadar subsidi kita tinggi. Tahun lalu saja RM74 bilion atau RM12,900 setiap isi rumah. tetapi kerajaan BN kena tanggunglah kerana yang berjanji dengan syarikat-syarikat besar itu adalah Kerajaan BN. Dan BN jugalah yang bersetuju dengan harga yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat besar itu.
Maka dengan itu seharusnyalah kalau tak cukup pendapatan negara, naikkanlah cukai-cukai korporat seperti mengenakan cukai keuntungan berlebihan atau cukai pembangunan bukannya dengan mengenakan cukai terus keatas rakyat biasa. Ingatlah yang untungnya dengan perjanjian yang dibuat oleh Kerajan BN dengan syarikat-syarikat berkenaan adalah syarikat-syarikat korporat tu, bukannya rakyat. Jadi ketika susah, ketika pendapatan kerajaan tidak mampu menanggung perbelanjaan negara, janganlah pula rakyat yang terpaksa menaggungnya ! Itu tidak adil. tidak adil sama sekali. Cara itu menunjukkan kelemahan dan ketidakcekapan kerajaan BN. cara itu juga menunjukkan kerajaan BN hanya menjaga kepentingan syarikat Korporat1
Untuk makluman semua, subsidi tahun lepas, subsidi untuk sosial (kesihatan, kebajikan, pelajaran dan biasiswa) berjumlah RM42.4 bilion, untuk makanan (minyak masak, gula, tepung gandum, beras, perikanan) sebanyak RM3.4 bilion, untuk bekalan tenaga (petrol, gas cecair asli, LPG dan elektrik) RM23.5 bilion dan untuk infrastruktur (tol, khidmat udara luar bandar dan kereta api) sebanyak RM4.7 bilion.
Taraf persaingan ekonomi negara kita naik pasal kita dapat markah baik dalam empat perkara utama iaitu 1. prestasi ekonomi, 2. kecekapan kerajaan, 3. kecekapan perniagaan dan 4. kemudahan infrastruktur. Negara kita Malaysia mendapat pemarkahan yang tertinggi dalam penyediaan kemudahan infrastruktur, di-ikuti dengan sumbangan dari sektor prestasi sektor petroleum dan perladangan. Jjadi kedudukan pada nombor 10 tu dikira sangatlah baik.
Ini bermakna kita di depan negara maju macam Jerman yang duduk anak tangga 16, United Kingdom (22), Perancis (24), Jepun (27) dan Itali (40). Tempat nombor satu jatuh kepada Singapura diikuti Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Sweden, Kanada, Taiwan, Norway dan lepas itu, kita.
Di rantau Asean kita nombor dua. Thailand 26, Indonesia (35) dan Filipina (39). Di kalangan negara Islam pula, kita nombor satu. Dalam senarai 58 negara yang dibagi penarafan oleh IMD, negara Islam lain yang berjaya adalah Qatar (15), Turki (48) dan Jordan (50).
Macam mana pun, kita kena ingat dan waspada. Taraf kita boleh jatuh kalau fakta sebenar berubah dan jangkaan tidak tercapai. Jadi, dalam kita duduk seronok dan bangga, Kunta Kinte nak ingatkan yang hal macam ini dah pernah berlaku.
Pada 2004 kerana janji perubahan besar oleh Perdana Menteri baru waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, IMD penaik ranking kita daripada 21 kepada 16. Kerana cogan kata liberalisasi, keterbukaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban IMD naikkan taraf persaingan kita.
Tapi apabila pada perkiraan IMD, janji ini tidak tertunai, taraf kita diturunkan 10 anak tangga kepada 26 pada 2005. Sejak itu, taraf kita tidak pernah naik lebih daripada 19. Apabila Datuk Seri Najib Razak ambil alih pemerintahan April tahun, taraf kita naik kepada 18. sebabnya ialah liberalisasi kewangan yang dilakukan oleh Najib, walaupun menghadapi risiko kewangan yang tinggi dan meluas.
Maksud Kunta Kinte, kita janganlah seronok sangat dengan penarafan yang lebih baik itu sebab apa yang berlaku dalam masa beberapa bulan ini akan tentukan sama ada taraf kita akan kekal, naik lagi atau akan turun.
Kita kena ingat, dalam dunia global ini, kita bukan pulau. Kita sebuah pulau dalam lautan ekonomi global yang saling bergantung satu sama lain. Jadi, kalau orang lain kerja kuat, kita kena kerja lagi kuat untuk bersaing. Kalau orang lain pandai urus ekonomi, kita kena lagi pandai urus ekonomi. Kalau orang lain jimat, kita kena lebih jimat.
Tapi, macam Kunta Kinte selalu bagi amaran, kita janganlah abaikan soal pembahagian kekayaan, soal perlembagaan dan hak semua kaum dan golongan, jangan ada kasta-kasta, kelas-kelas atau puak-puak.
Negara kita tidak akan saksama, aman dan damai kalau peluang ekonomi dan kekayaan negara terus dibolot oleh kaum atau kelompok tertentu sedangkan majoriti rakyat adalah tercicir, terpinggir, terabai dan berada dalam kemiskinan!.

No comments:
Post a Comment