Friday, May 28, 2010


Kewangan Malaysia tidak sama seperti Greece

29/3/2010

Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini ini membuat kenyataan berikut. "Kalau tidak dibasmi subsidi dalam sembilan tahun, kita akan muflis macam Greece," kata Idris dalam satu laporan akhbar semalam.


Kenapakah. Greece dianugerahkan taraf 'hampas' (junk) oleh syarikat S&P. Ianya berlaku kerana kerajaan Greece telah menipu rakyat mereka selama 10 tahun kerana ingin menyertai Kesatuan Eropah yang memerlukan negara mempunyai defisit kewangan tidak lebih daripada tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka. Apabila kerajaan baru mengambil alih pada November 2009, barulah terdedah keadaan kewangan yang sebenar. Kerajaan Greece telah 'joli' selama 10 tahun kerana kewujudan 'duit murah' dan kerajaan tersebut telah joli sehinggalah hutang mencecah Euro 300 bilion.


Di Malaysia, hutang negara adalah dalam lingkungan RM239 bilion iaitu 54 peratus daripada KDNK untuk tahun 2009 dan RM... bilion iaitu 54 peratus daripada KDNK untuk tahun 2010 Defisit kewangan kita pada masa ini adalah 7.3 peratus.


Kerajaan kita jadi bankrap dalam masa sembilan tahun lagi, ia bukan hanya disebabkan subsidi diteruskan tetapi adalah disebabkan beberapa faktor lain seperti ketirisan, kebocoran dan pembaziran yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun yang bernilai berbilion ringgit. Pembelian barangan yang hanya beberapa ringgit dilakukan pada harga yang berlipat kali ganda. Apatah lagi pembelian kapal selam dengan komisyen sebanyak RM500 juta, manakala pembelian helikopter komisyennya RM 400 juta, pembinaan projek empangan hidro letrik bakun, pelabuhan bebas cukai Pelabuhan kelang dan lain-lain memakan perbelanjaan yang jauh melebihi dari kos awal, menunjukkan betapa banyaknya pembaziran dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN. Inilah yang menyebabkan negara kita bankrap, negara kita muflis!


Selain itu, umum sedia maklum kadang-kadang ada projek yang memakan belanja lebih daripada peruntukan awal. Bukan saja Bakun tetapi banyak lagi projek yang mengalami lebihan kos. Amalan melonjakkan kos sesuatu projek juga merupakan satu kaedah yang menjahanamkan negara dengan mengalirnya keluar wang kerajaan yang terlalu banyak melebihi peruntukkan. Kita lihat sahaja berapa jumlah belanjawan yang diperuntukkan untuk satu-satu tahun. Untuk tahun 2010, sebanyak RM200 bilion dan semua orang tahu bila cukup tahun, ada saja jabatan yang akan bertindak selaku 'Santa Claus' untuk menghabiskan peruntukan yang diberi. Yang anehnya mana-mana jabatan yang tidak menghabiskan peruntukkan akan dikenakan penalti dimana peruntukkan untuk tahun-tahun berikutnya akan dikurangkan. Itulah corak pengurusan kewangan kerajaan BN yang menggalakkan pembaziran dan menyebabkan negara kita bankrap.


Sememangnya kita memerlukan keputusan yang perit apabila memotong subsidi. Maklumlah rakyat sudah naik 'lemak' dengan subsidi sehinggakan banyak juga penyeludupan minyak dan gula, misalnya ke negara jiran. Ia mungkin tidak dapat dielakkan. Pada waktu yang sama, sebarang kenaikan harga makanan dan tenaga seperti tarif elektrik tentu sekali akan mendatangkan kesan kepada kos sara hidup.


Kita difahamkan sebanyak 60 peratus daripada yang diberikan SMS telah bersetuju subsidi dimansuhkan. Betulkah kenyatan itu. Bilakah pungutan data itu dibuat? dimana ianya dilakukan? Siapakah mereka itu? siapakah yang membuat kajian? berapa orang responden yang terlibat dalam kajian itu? Ini semua menimbulkan persoalan kerana rakayat diluar sana sebahagian besarnya pendapatan isi rumah tidak melebih RM3000 sebulan menentang kuat penarikan subsidi.

Bagi golongan kaya raya, mereka itu tidak peduli ada subsidi atau tidak. Tetapi bagi golongan 60 peratus yang berpendapatan dibawah RM1,500 tentu sekali memeritkan, mereka akan terasa kenaikan harga roti canai, teh tarik dan sebagainya.


Walaupun ada rancangan untuk memberikan baucar kepada sesetengah golongan ini, ia memang baik tetapi perlu dipantau dengan rapi supaya tidak terjadi seperti kes nelayan yang mendapat subsidi diesel, kemudian menjualnya dan tidak pergi ke laut atau kes petani yang mendapat baja subsidi, yang kemudiannya dijual pula adan tidak digunakan. Amalan inilah yang mewajarkan pemansuhan subsidi. Tidak kira mereka berpendapatan rendah atau tidak, kalau didapati menyalahgunakan kemudahan yang diberikan, mesti ada sistem yang boleh menghukum mereka dan jangan diberikan kemudahan itu lagi.


Kepada sesetengah golongan rakyat, subsidi sudah dikira sebagai sesuatu yang 'take for granted' dan tidak dianggap sebagai subsidi dan disebabkan ia akan melibatkan bahagian yang bakal mendatangkan kesan yang besar kepada harga barangan, golongan ini agak payah menerima hujah-hujah yang mewajarkan pemotongan subsidi kepada mereka.


Golongan teknokrat seperti Idris Jala mungkin tidak ambil kira faktor pilihan raya umum 2013 nanti atau lebih awal daripada itu. Ini akan menjadi satu isu yang bakal akan dilambung setinggi-tingginya oleh pihak pembangkang walaupun mereka sendiri melihat kewajaran subsidi itu dipotong.


Dan kalau isu ini boleh menjatuhkan kerajaan, tak payahlah kita bercakap 2010 atau 2009 lagi atau apa model ekonomi sekali pun. Oleh itu, isu ini perlu dikaji dengan teliti kerana kita tidak boleh lari daripada implikasi politik dalam persekitaran negara kita.

Apa yang perlu dipertimbangkan juga adalah pemotongan di pihak-pihak lain seperti dalam syarikat-syarikat milik kerajaan supaya kita tidak lagi rugi sampai RM500 juta atau membeli bas yang tidak boleh dipakai berharga berjuta-juta ringgit. Saya percaya lebihan-lebihan yang diperoleh syarikat-syarikat milik kerajaan dan agensi-agensi kerajaan dapat menampung negara kita daripada bankrap.


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mempunyai aset hampir RM500 bilion. PNB sahaja sudah berjaya mengumpul sebanyak RM70 bilion. Dan kita ada macam-macam lagi agensi lain seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Lembaga Urusan Tabung Haji. Oleh itu sekiranya kerajaan kita mengurus tadbir kewangan negara dengan baik, maka tidak mungkin negara kita bankrap.


Tetapi dengan kepimpinan negara berada ditangan pemimpin-pemimpin yang tidak tahu menguruskan kewangan negara dengan baik, maka tidak mustahil negara kita bankrap, mungkin dah bankrap pun!


Tambahan pula telah terbukti satu kerajaan negeri yang diambil alih baru-baru ini. deposit zakat yang begitu banyak selama ini habis dalam masa tiga bulan sebaik sahaja kerajaan baru mengambil alih pemerentahan di negeri Perak. Begitu juga negeri-negeri lain yang dibawah kepimpinan UMNo mempunyai hutang yang terlalu banyak kepada kerajaan pusat . jadi tidak hairanlah jika negara kita , Malaysia ini menjadi negara yang muflis.


Pemotongan subsidi yang dikatakan bernilai RM74 bilion bertujuan mengukuhkan keadaan kewangan negara adalah sama sekali tidak praktikal, kerana penetapan harga semua barangan dan perkhidmatan dinegara ini adalah ditetapkan atau sekurang-kurangnya perlu mendapat persetujuan kerajaan dan kerajaan Bn jugalah yang menyebabkan berlakunya pemberian subsidi yang sepatutnya tidak dilakukan itu. Oleh itu, kerajaan seharusnyalah mencari kaedah lain untuk mengatasi masalah yang mereka ujudkan sendiri! Begitu juga usaha-usaha yang sama perlu dilakukan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti tidak lagi melaksanakan sambutan perayaan sambutan tahun baru, sambutan hari raya, sambutan hari depavali, sambutan hari krismas, sambutan tahun baru cina dan lain-lain sambutan yang hanya membazirkan duit negara. Begitu juga perkara-perkara yang tidak perlu seperti perbelanjaan kempen Islam hadhari, kempen 1 malaysia itu seharusnya tidak dilakukan! Ianya perlu dilihat secara menyeluruh untuk melihat gambaran yang sebenar dan tidak hanya tertumpu kepada subsidi sahaja.


Begitu juga, subsidi tidak perlu diberikan kepada mereka yang kaya-raya dan kepada rakyat asing yang datang isi minyak kereta di sini atau yang duduk di sini. Subsidi perlu diberi kepada mereka yang miskin dan daif dan penguatkuasaan atas pemberian ini perlu tegas dan praktikal.


No comments:

Post a Comment