Prestasi Ekonomi Malaysia
Ketika ini pendapatan per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6,244 (RM21,500) setahun, satu prestasi membanggakan berbanding kebanyakan negara membangun.
Tetapi, pada waktu yang sama, pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah AS$30,810 (RM106,000), lima kali ganda dari pendapatan rakyat Malaysia.
Pada akhir tahun 1970-an pendapatan rakyat kedua-dua negara adalah lebih kurang sama. Mengapakah jurang tersebut begitu lebar? Ada yang akan menjawab hambar bahawa kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan Singapura kerana republik tersebut hanya sebuah pulau kecil yang penduduknya hanya 4 juta.
Jadual 1: Jurang Yang Melebar - KNK Per Kapita (1970-2004)
Jika begitu mari kita bandingkan pendapatan rakyat Malaysia hari ini dengan pendapatan rakyat Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 48 juta dan Taiwan pula adalah 23 juta. Pada tahun 1970-an rakyat kedua-dua negara adalah lebih miskin dari rakyat Malaysia.
Tetapi pada hari ini pendapatan rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000) dan Taiwan pula adalah AS$15,271 (RM52,700), iaitu dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi dari pendapatan rakyat Malaysia.
Ini berbeza dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan negara dengan negara paling daif di Afrika atau negara-negara yang terus dilanda keganasan atau peperangan.
Kita perhatikan sahaja wacana segar dalam pilihan raya di negara-negara demokratik lainnya. Pilihan raya Presiden Perancis bermula dengan satu persoalan yang diutarakan oleh calon: mengapakah United Kingdom 15% lebih kaya dari Perancis?
Presiden Perancis itu sudah bimbang dengan rakyatnya 15% lebih miskin berbanding dengan pendapatan rakyat Britain meskipun Perancis adalah sebuah negara maju. Pilihan raya bebas Turki bulan Julai lalu membahaskan antara lain keupayaan ekonomi Turki melonjak tinggi untuk mampu bersaing dengan ekonomi Eropah.
Di negara tetangga Indonesia perbahasan hangat berlaku mengenai kebijakan ekonomi sama ada selaras dengan konsep pengurusan kerajaan telus dan bersih dan berkepedulian terhadap permasalahan rakyat.
Tetapi pimpinan kerajaan UMNO- BN seolah-olah mangli, tidak terkesan dengan angka dan data terang, kerana dibuai oleh jentera propaganda sendiri serta terpukau dengan pujian bala tentera upahan.
Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura adalah 500% lebih kaya dari rakyat Malaysia, dan rakyat Korea Selatan dan Taiwan adalah 300% lebih kaya dari rakyat Malaysia?
Apakah tidak mengaibkan kita dari negara yang mencatat keuntungan hasil minyak melimpah sebanyak RM 70 bilion setahun, tewas teruk dengan negara-negara yang ketandusan sumber asli?
Malah lebih parah lagi manakala diselidiki kesan kepada rakyat terbanyak, dari segi kenaikan harga minyak, kos barang yang meningkat, mutu pendidikan dan kesihatan yang kurang memuaskan, masalah perumahan rakyat, jurang kaya miskin yang kian melebar, serta keperitan hidup masyarakat miskin bandar, desa di Semenanjung dan kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak.
Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima tatkala merayakan 50 tahun kemerdekaan. Jepun berada di kelas pertama; Singapura, Korea Selatan dan Taiwan di kelas kedua; dan Malaysia bersama yang lain di kelas ketiga.
Sekiranya aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan, jarak ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara Singapura, Korea Selatan dan Taiwan akan semakin lebar.
Bahkan di rantau Asia sendiri China muncul sebagai naga ekonomi baru; dan India juga bergerak kencang terutama dalam bidang teknologi maklumat. Keyakinan pelabur berserta pengurusan ekonomi dan perencanaan bijak mampu mencipta kejayaan; umpamanya prasarana sederhana di Bangalore dan Chennai telah memperoleh pengisian melalui pelaburan besar menjangkau angka puluhan bilion ringgit.
Mereka telah jauh meninggalkan Cyberjaya dengan prasarana megah dengan kos berbilion ringgit yang dibina oleh para kroni tetapi tidak bermaya malah malap dari segi pelaburan. Vietnam kini bergulir sebagai kekuatan ekonomi baru memperhebat daya saing mereka.
Persoalannya sekarang adalah apa yang perlu kita lakukan untuk merobah aliran sedemikian? Ini adalah satu tuntutan patriotik setiap rakyat prihatin. Kelembaban ekonomi, dengan dasar ekonomi yang terus tertumpu kepada beberapa projek mega di utara dan selatan dikhuatiri akan memenuhi tembolok kelompok kecil keluarga dan kroni penguasa tidak akan menjamin kesejahteraan rakyat. Jika negara terus dibiarkan lemah dan ekonomi laih dan lesu mutu hidup rakyat juga akan terjejas.
Suatu ketika dahulu Malaysia diiktiraf sebuah negara membangun yang dikagumi. Kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi pada awal 1990an. Malaysia disebut sebagai salah satu harimau ekonomi Asia Tenggara. Tetapi zaman tersebut sudah berlalu.
Sebelum 1997 kadar pertumbuhan 8 hingga 9 peratus adalah suatu kelaziman, Bursa Malaysia dan pelaburan asing (FDI) kekal di tahap tertinggi di rantau ASEAN. Gambaran keajaiban tersebut kini sudah malap dan telah digantikan kisah-kisah kejayaan dan kekaguman dunia terhadap prestasi ekonomi China, India dan Vietnam.
Dasar Ekonomi Baru: Satu Penilaian
Sejak lebih tiga dekad yang lalu ekonomi Malaysia bergerak di atas landasan Dasar Ekonomi Baru (DEB), satu dasar yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan pengagihan kekayaan negara secara seimbang antara kaum.
Justeru kerana DEB menekankan keadilan sosial tatkala ianya digubal maka saya, ketika itu seorang mahasiswa dan saya yakin majoriti rakyat, mendukung pelaksanaannya. Masyarakat Bumiputera ketika itu gelisah kerana keselesaan hidup yang dijanjikan tatkala negara mencapai kemerdekaan kekal sebagai slogan.
Penyertaan mereka dalam sektor industri dan perdagangan amat kecil sekali. Ini dirumitkan dengan kekurangan jumlah mereka dalam bidang profesional. Maka tindakan tegas pemerintah untuk melaksanakan dasar serampang dua mata: membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dilihat sebagai langkah positif.
Kita tidak menafikan kenyataan bahawa DEB telah menghasilkan mobiliti sosial untuk kaum Bumiputera. Paling jelas kesannya adalah dalam bidang pendidikan, termasuk dalam bidang matematik dan sains melalui pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin dan dari luar bandar. Pelaburan pendidikan tinggi untuk Bumiputera di bawah DEB, termasuk dengan penghantaran pelajar-pelajar ke luar negera, dari awal 70-an, 80-an dan 90-an bagi pelajar-pelajar Bumiputera yang cemerlang telah berjaya melahirkan golongan profesional dan berketerampilan dalam pelbagai bidang.
Walau bagaimanapun, setelah sekian lama matlamat asal DEB untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional dikaburi. Dasar itu disalahgunakan untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin-pemimpin UMNO, keluarga, kroni dan rakan-rakan mereka di kalangan pimpinan MCA dan MIC untuk membolot saham, kontrak dan program penswastaan.
Dasar ini juga telah membuka ruang yang lebih luas kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Prosedur tender, penilaian terbuka dan telus dalam soal penswastaan, pengagihan saham diketepikan atas alasan melaksanakan DEB untuk kepentingan Bumiputera.
Walhal jika disenarai jumlah peruntukan dan keuntungan yang diraih oleh kelompok penguasa UMNO, biasiswa sepuluh ribu ringgit seorang berbanding puluhan bilion ringgit pengagihan saham, permit import AP, puluhan bilion kontrak bagi satu syarikat keluarga, berbilion ringgit keuntungan oleh syarikat penswastaan ternyata dasar tersebut lebih merupakan kesempatan kelompok kecil mengaut dan menggondol kekayaan yang banyak atas nama Bumiputera. Kaedah pembahagian tidak telus dan berlegar di kalangan kelompok tertentu.
Akibatnya ialah bebanan rakyat semua kaum termasuk bumiputera. Rakyat terpaksa membayar harga tinggi kerana kos elektrik, air dan tol jalan yang meningkat. Sebaik bantahan dibangkitkan, keputusan pimpinan kerajaan pasti memihak kepada syarikat besar yang mewakili kepentingan mereka.
Yang dikira keterlaluan adalah manakala anak menteri dan jutawan turut mendapat biasiswa sementara anak guru dan petani diberi pinjaman. Pangsapuri mewah memberikan potongan 7 peratus buat jutawan Bumiputera manakala ratusan ribu penghuni setinggan dari keluarga berpendapatan rendah masih menunggu terbinanya rumah kos rendah.
Sikap gelojoh ini dikira keterlaluan sehingga peluang kecil seperti permit teksi, kontrak kecil dan agensi pekerja asing pun direbut oleh keluarga pemimpin UMNO yang kaya.
Salah satu bukti bahawa UMNO telah lupa sama sekali dengan wawasan DEB untuk mencapai keadilan sosial adalah bagaimana mereka tidak prihatin sama sekali dengan jurang pendapatan dan kehidupan yang semakin melebar antara golongan kaya dengan golongan bawahan yang kurang bernasib baik. Pada tahun 2005, Malaysia mencatat kesenjangan paling ketara di Asia Tenggara, malah di belakang Indonesia dan Thailand.
Mengikut ukuran nisbah Gini (Gini coefficient), ukuran yang digunakan untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan, Malaysia berada pada 0.47.
Menurut Bank Dunia, jurang pendapatan individu yang lebih dahsyat di Malaysia adalah kedua paling teruk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Hanya Papua New Guinea lebih corot dari Malaysia. Malah, dari 127 negara yang diberikan data, Malaysia berada di nombor 101 dari segi nisbah Gini.
Selain dari Papua New Guinea, negara-negara yang mempunyai jurang individu yang lebih dahsyat dari Malaysia terletak di Amerika Selatan dan Tengah – rantau yang sememangnya mempunyai jurang ekonomi yang besar – dan negara-negara Afrika seperti Afrika Selatan dan Zimbabwe.
Ini suatu kenyataan yang amat mengejutkan dan tidak pernah dipapar di media Malaysia. Ini justeru kerana negara-negara yang mencapai tahap pembangunan manusia yang tinggi biasanya memiliki jurang ekonomi yang lebih kecil.
Malaysia bukan lagi ekonomi yang baru atau negara dunia ketiga dari segi pembangunan. Di dalam laporan Pembangunan Manusia Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Malaysia tersenarai di nombor 59 dari 177 negara. Di Asia hanya Jepun, Korea Selatan dan Singapura yang tersenarai di tempat yang lebih tinggi.
Malah dengan mata indeks pembangunan manusia sebanyak 0.793, Malaysia sudah teramat hampir dengan 0.800 mata untuk dikategorikan sebagai negara maju. Malangnya Malaysia terangkul di antara negara dengan pembangunan manusia yang tinggi tetapi ketidaksamaan ekonomi terus membesar.
Perbezaan kawasan bandar dan desa juga amat ketara, yang tidak diselesaikan oleh tindakan afirmatif DEB. Pada tahun 1999, pendapatan isirumah luar bandar hanya 55% dari pendapatan isirumah di bandar, dan kebanyakan keluarga miskin di luar bandar terletak di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak yang majoriti besarnya terdiri daripada masyarakat Bumiputera.
Kita tidak menyangkal kenyataan bahawa terdapat kemajuan dari sudut prasarana luar bandar, pendidikan dan kesihatan yang lebih menyeluruh berbanding dengan keadaan pada awal tahun 50-an. Namun sekali lagi kejayaan tersebut tidak harus dibandingkan nisbah dengan negara-negara mundur Afrika.
Kita telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan dari 29% pada 1980 kepada 5-6% pada tahun 2000. Namun indeks garis kemiskinan yang digunakan juga terlalu rendah. Kos sara hidup telah meningkat secara berterusan dan kadar pendapatan RM510 yang diguna untuk mengukur kemiskinan di pantai barat Semenanjung Malaysia langsung tidak munasabah.
Jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menyara keluarga 5 orang termasuk sewa rumah, makan minum dan pakaian. Data dan angka mungkin menarik dihidangkan sebagai propaganda tetapi tidak meleraikan kenyataan mengenai kesengsaraan hidup rakyat.
Sementara masyarakat Bumiputera dibelai dengan propaganda dasar yang akan menyelamatkan mereka, tidak terdapat wacana terbuka mengenai kesan atau relevannya dasar tersebut setelah lebih 3 dekad.
Apakah mungkin dihimbau dasar yang lebih menguntungkan Bumiputera dan rakyat keseluruhannya? Pokoknya dasar serta kebijakan ekonomi harus adil dan menjurus kepada keselesaan rakyat. Apa yang dimusykilkan ialah kerana sementara masyarakat Bumiputera terus menggantungkan harapan kepada satu dasar yang dianggap penyelamat, berpuluh bilion ringgit dirompak di hadapan mata.
Masyarakat bukan Bumiputera di sebaliknya resah gelisah kerana menganggap mereka didiskriminasikan. Mereka gusar merenungkan anak pintar dinafikan peluang pendidikan di universiti tempatan, kontrak dikaut oleh kelompok kecil dan pemacuan ekonomi keseluruhannya agak lembab. Dan amat malang sekali setelah setengah abad merdeka, rakyat masih tidak didedahkan dengan fakta dan wacana mauduk dasar ekonomi seperti ini terus dianggap sensitif.
Teguran membina bagi memperbaiki taraf hidup masyarakat Melayu dan Bumiputera dengan melakukan anjakan, melihat cabaran semasa dan memperkenalkan agenda ekonomi yang mampu memacu pertumbuhan dan membela nasib rakyat akan diselar keras, dan dianggap sebagai pengkhianatan kepada masyarakat Bumiputera.
Mereka sanggup menggunakan media yang mereka kuasai untuk terus memfitnah dan meniup api perkauman. Walhal, secara sedar atau tidak, jaguh nasionalis baru ini melalui jentera kerajaan seperti Biro Tata Negara telah diperalatkan untuk mempertahankan kepentingan kelompok kecil pemimpin UMNO yang kaya raya, membicara soal 'survival' Melayu tetapi meminggirkan malah memperbodohkan majoriti umat Melayu dan rakyat Mala
KENYATAAN MEDIA - ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 26 Februari 2010
EKONOMI MALAYSIA: RETAK MENANTI BELAH
Pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri bahawa "senario ekonomi terburuk" negara telah berakhir kerana KDNK berkembang pada kadar 4.5% dalam suku terakhir 2009 bukan sahaja dikira terlalu awal tetapi juga tidak bertanggungjawab.
Apa yang jelas, pertumbuhan itu sebenarnya dipacu oleh perbelanjaan besar-besaran oleh kerajaan sejak setahun lepas. Suntikan pakej rangsangan, seperti yang diketahui oleh mana-mana ahli ekonomi, sebaiknya adalah langkah sementara dan tidak boleh dilakukan secara berterusan.
Oleh sebab itulah, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius. Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba.
Sejak 1998, kerajaan Barisan Nasional hanya tahu satu dasar ekonomi sahaja, iaitu menaikkan perbelanjaan kerajaan (melalui projek-projek besar yang tidak diperlukan dan membazir) untuk menutup kegagalannya menarik pelaburan individu dan swasta yang telah jatuh merudum.
Data pelaburan individu dan swasta sejak 1991 menjadi peringatan bagaimana Barisan Nasional telah mengheret negara ke lembah kehancuran ekonomi. Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2%, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1% secara purata sejak 11 tahun lepas.
Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun. Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu.
Pada ketika Barisan Nasional terus hilang punca untuk menghidupkan kembali ekonomi bagi jangka masa panjang, kadar pelaburan individu dan swasta menjunam berbanding dengan tahapnya sebelum tahun 1997.
Pada ketika itu, pelaburan individu dan swasta menyumbang 40% kepada KDNK. Malangnya sejak sedekad yang lalu, sumbangan pelaburan individu dan swasta terus merosot secara puratanya kepada kadar 28% sahaja daripada KDNK.
Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat tidak akan membuat pengisytiharan yang cuai seperti Perdana Menteri bahawa ekonomi kita sudah pulih, kerana masih terlalu banyak masalah pokok yang perlu diselesaikan dengan segera sekiranya kita tidak mahu Malaysia terus tertinggal di belakang.
Tindakan Perdana Menteri merwar-warkan anggaran pertumbuhan 5% bagi 2010 sebagai sangat baik sebenarnya kurang berhemah. Apa yang tidak diwar-warkan oleh Perdana Menteri disebalik anggaran pertumbuhan 5% itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak.
Malaysia pada suatu ketika adalah setanding dengan Korea Selatan dan Singapura dan jauh lebih maju dari negara-negara yang lain. Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi, walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih.
Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50% lebih pesat dari Malaysia.
Kerajaan Barisan Nasional perlulah bertanggungjawab dan menerima hakikat bahawa ekonomi kita tersangkut di dalam perangkap seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua suatu masa dahulu; adalah disebabkan oleh salahguna kuasa dan rasuah oleh mereka yang berkuasa sejak sekian lama.
Kemakmuran negara pada masa hadapan hanya boleh dijamin oleh sebuah kerajaan yang memikul amanah yang diberikan oleh rakyat dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Maka, persoalan ketelusan dan amalan pentadbiran yang baik adalah prasyarat untuk memulihkan ekonomi negara.
Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat akan terus bekerja keras untuk menawarkan kepada rakyat pentadbiran ekonomi yang telus, tulus dan berkembang secara sihat bagi jangkamasa yang panjang demi generasi akan datang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

No comments:
Post a Comment